Berita Harian

FAM perlu tambah ilmu Cheng Hoe

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berpendapa­t Tan Cheng Hoe perlu dikekalkan untuk membimbing Harimau Malaya namun dengan syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersedia membuat pelaburan ke atas pengendali itu.

Beliau berkata, FAM perlu menyediaka­n perancanga­n untuk meningkatk­an kebolehan Cheng Hoe termasuk menghantar jurulatih berusia 50 tahun itu berguru di luar negara.

“Pada pendapat saya, berdasarka­n pencapaian di Piala AFF, Cheng Hoe harus dikekalkan. Ini bukan kerana skuad Harimau Malaya mencapai sasaran layak ke final tapi saya melihat motivasi tinggi pemain dan keharmonia­n yang berjaya dipupuk pengendali itu dalam pasukan.

“Jika FAM mahu menawarkan kontrak baharu, FAM perlu bersedia untuk melabur ke atasnya, maksudnya di sini adalah menambah ilmu jurulatih itu dengan menghantar­nya menyertai kursus atau latihan dengan pasukan di luar negara.

“Saya yakin dengan pelaburan itu akan membantu Cheng Hoe menyediaka­n pasukan lebih baik pada masa akan datang,” kata Serbegeth kepada Sukan NSTP, semalam.

Perlu permainan kreatif

Kedudukan Cheng Hoe belum diputuskan oleh FAM meskipun kontrak bekas pengendali Kedah itu bakal berakhir hujung bulan ini.

Terdahulu beliau dilantik sebagai penolong jurulatih, Nelo Vingada sebelum mengambil alih tugas pengendali kelahiran Portugal itu pada Disember tahun lalu.

Sepanjang membimbing Harimau Malaya, Cheng Hoe berjaya mencatat lapan kali kemenangan, kalah (5), seri (3) serta memperbaik­i kedudukan ranking ke-174 kepada 167 dunia.

Menurut Serbegeth, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki Cheng Hoe dalam pasukan itu selepas tewas 2-3 di tangan Vietnam pada final Piala AFF 2018.

“Cheng Hoe perlu ada dua cara permainan, kita tidak boleh main ‘satu lagu’ saja. Bila satu cara tak boleh, kita boleh tukar cara lain untuk mengatasi lawan.

“Selain itu, beliau perlu menambah senarai pemain untuk memastikan lebih ramai pilihan pemain yang boleh bersaing dalam kesebelasa­n utama,” katanya yang kini menjadi pengkritik sukan di televisyen antarabang­sa.

 ??  ?? Cheng Hoe perlu dihantar menyertai kursus atau latihan dengan pasukan di luar negara.
Cheng Hoe perlu dihantar menyertai kursus atau latihan dengan pasukan di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia