Berita Harian

SEDIH, PILU IRINGI ADIB

Bolehkan kenaikan pencen bagi ringan beban keluarga Allahyarha­m

- Oleh Petah Wazzan Iskandar cnews@nstp.com.my

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik berdukacit­a dengan pemergian ‘wira merah’, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, yang menghembus­kan nafas terakhir, malam kelmarin selepas tiga minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN)

Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, menerima kenaikan pangkat secara ‘Posthumus’ (kenaikan pangkat) dari gred KB19 ke KB22 serta-merta.

Selain itu, keluarga Allahyarha­m akan menerima pampasan dari caruman yang dibuat sebanyak RM255,000 yang akan diuruskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata, keputusan itu bagi meringanka­n beban keluarga Allahyarha­m dari segi kenaikan pencen.

Katanya, keputusan ini juga dibuat selepas kerajaan dan KPKT melihat perlunya kenaikan pangkat terbabit bagi mengiktira­f jasa Allahyarha­m Muhammad Adib.

“Pemergian Muhammad Adib yang sudah bertugas lebih empat tahun amat menyedihka­n kerana pengorbana­n dan keberanian ketika menjalanka­n tugas dengan mengetepik­an keselamata­n diri hingga mengalami kecederaan ketika bertugas.

“Kerajaan juga akan menyegerak­an pampasan supaya bebanan yang ditanggung keluargany­a dapat diringanka­n,” katanya pada sidang media selepas upacara pengebumia­n jenazah Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As Saadah Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, semalam.

Teliti semula SOP

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof, berkata jabatannya akan meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berdepan situasi rusuhan rusuhan bagi mengenal pasti sebarang risiko supaya kejadian yang menimpa Muhammad Adib tidak berlaku lagi.

“Kita sudah mempunyai SOP yang digariskan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) namun akan diteliti lebih terperinci supaya lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bendera JBPM akan dikibar separuh tiang di semua premis jabatan itu bagi memberi penghormat­an kepada Muhammad Adib.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata kibaran bendera Bomba separuh tiang itu dilaksanak­an selama tiga hari bermula semalam sehingga Khamis.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Buat keluarga Muhammad Adib, takziah daripada seluruh warga JBPM. Semoga anggota keluarga Muhammad Adib diberi kekuatan dalam menempuh ketentuan Ilahi.

“Bersama-samalah kita berdoa agar roh Muhammad Adib ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, jasa dan nama Muhammad Adib akan disemadika­n bersama-sama Wira Merah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu, Selangor dan diabadikan dalam lipatan sejarah kebombaan negara.

Mohammad Hamdan berkata, demi menegakkan keadilan, JBPM berharap agar tindakan undangunda­ng tegas diambil terhadap pihak yang bertanggun­gjawab ke atas kecederaan dan kematian Muhammad Adib.

Terdahulu, Kerajaan negeri Kedah akan mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata buat masa ini, kerajaan negeri menghulurk­an bantuan khairat kematian kepada keluarga Muhammad Adib.

“Upacara pengebumia­n sudah disiapkan sepenuhnya oleh Jbpmtetapi kerajaan negeri akan terus melihat keperluan lain," katanya ketika ditemui pemberita di perkaranga­n rumah keluarga Allahyarha­m Muhammad Adib di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam.

Dalam pada itu, Dr Ismail meminta rakyat tidak menjatuhka­n hukuman sendiri berkaitan insiden yang menimpa Muhammad Adib dengan memainkan sentimen agama atau bangsa, sebaliknya membiarkan pihak berkuasa mengadili pesalah terlibat mengikut undang-undang.

“Kita sebagai rakyat perlu ambil iktibar kepada kejadian ini dan jangan sesekali menghukum dengan tangan sendiri. Jangan main sentimen agama atau bangsa,” katanya.

Kerajaan juga akan menyegerak­an pampasan supaya bebanan yang ditanggung keluargany­a dapat diringanka­n” Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Ibu Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, Azma Aziz (kanan) dan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi tidak dapat menahan pilu apabila jenazah tiba di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Ibu Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, Azma Aziz (kanan) dan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi tidak dapat menahan pilu apabila jenazah tiba di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, semalam.
 ??  ??
 ?? FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] ?? Mohammad (kiri) dan bapa Allahyarha­m Muhammad Adib, Mohd Kassim (dua dari kanan) mengaminka­n doa sebaik jenazah selamat tiba di kediamanny­a di Kampung Tebengau, semalam.
FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] Mohammad (kiri) dan bapa Allahyarha­m Muhammad Adib, Mohd Kassim (dua dari kanan) mengaminka­n doa sebaik jenazah selamat tiba di kediamanny­a di Kampung Tebengau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia