Berita Harian

Nurul, KJ, Rafizi gerak wadah parti orang muda?

Tiga ikon belia sering adakan pertemuan, berkongsi idea

- Oleh Zainudin Isa dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Gandingan tiga pemimpin muda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ), Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli, dipercayai sedang menggerakk­an satu wadah politik baharu berteraska­n orang muda.

Ia selepas tiga ikon orang muda ini dilihat semakin akrab berkongsi pandangan menerusi pertemuan, serta komen balas sesama mereka di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Spekulasi lebih kuat apabila Nurul Izzah membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan Naib Presiden PKR kelmari manakala Khairy Jamaluddin semakin terbuka mengkritik kepemimpin­an tertinggi UMNO.

Rafizi yang tewas dalam perebutan Timbalan Presiden PKR, baru-baru ini semakin mendekati pengundi muda, khususnya menerusi platform INVOKE yang diterajuin­ya.

Bekas Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor, Jaafar Samsuddin, tidak menolak kemungkina­n itu berkata, kerjasama mereka boleh jadi hanya satu gerakan atau bernaung di bawah sebuah parti politik baharu, berteras pengundi dan sokongan orang muda.

Gabungan tiga pemimpin

Beliau berkata, desas-desus kemungkina­n gabungan tiga pemimpin itu pernah didengarny­a kebelakang­an ini dari kalangan orang politik, namun sama ada ia menjadi realiti atau tidak, hanya mereka sahaja yang tahu.

“Sejujurnya, saya menyokong jika tiga pemimpin muda ini menggerakk­an satu wadah politik baharu. Mungkin fokusnya hanya untuk orang muda.

“Ketiga-tiga mereka memiliki pengaruh serta pengikutny­a sendiri di media sosial, terutama dari kalangan anak muda. Sudah pasti kerjasama di antara mereka boleh mendatangk­an hasil (dapat sokongan) dari orang muda,” katanya.

Beliau berkata, biarpun berlainan parti, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan pernah menganggot­ai Kabinet semasa pentadbira­n Barisan Nasional (BN), Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Rafizi bekas Ahli Parlimen Pandan, mempunyai keupayaan untuk bekerjasam­a dalam satu pasukan bagi membawa mesej Malaysia baharu.

“Saya tidak nampak mereka ada masalah besar membawa mesej politik masa depan. Perbezaan politik bukan halanganny­a, kerana dalam politik hari ini pemikiran masyarakat sudah berubah.

“Rakyat hari ini mahu masalah mereka diberi perhatian. Bukan kemelut keluar masuk parti, janji manifesto tidak dipatuhi serta isu pendakwaan pemimpin semata-mata.

“Ini mungkin perkara yang diambil perhatian tiga pemimpin muda ini,” katanya.

Jaafar yang sebelum ini berjuang atas parti UMNO dan Semangat 46 serta menyertai PAS, sebelum akhirnya menyokong AMANAH berkata, mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, ketigatiga mereka memang mempunyai tempat untuk melebarkan pengaruhny­a.

“Pengundi muda semakin ramai. Sudah pasti ini kelebihan buat Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah dan Rafizi untuk mendapatka­n sokongan,” katanya.

Pengundi muda 7.09 juta

Berdasarka­n rekod pecahan pengundi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) pada PRU-14 lalu, golongan pengundi muda berusia antara 21 hingga 39 tahun merekodkan bilangan paling ramai, iaitu 7.09 juta daripada keseluruha­n 14.9 juta pengundi.

Ramai penganalis­is politik menjangkak­an peratusan pengundi muda dalam lingkungan usia itu akan terus bertambah menjelang PRU-15, sekali gus menjadi penentu kepada politik negara pada masa depan.

Pertambaha­n mendadak pengundi muda pasti akan berlaku, selepas Kabinet pada September lalu bersetuju untuk menurunkan had umur layak mengundi di negara ini, kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sekarang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum ini berkata Peguam Negara, Tommy Thomas serta SPR menyatakan persetujua­n dalam pindaan had umur itu, yang kini usulnya akan dibentang dalam Dewan Rakyat, bagi membolehka­n klausa pindaannya dibahas, sebelum dipersetuj­ui Ahli Parlimen.

Sementara itu, kenalan rapat kepada salah seorang pemimpin muda itu ketika ditanya mengenainy­a, tidak mengetahui kemungkina­n sebuah parti khusus untuk orang muda ditubuhkan.

“Saya tidak pasti. Tidak pernah dibangkitk­an (dia). Mungkin hanya spekulasi orang sahaja. Setakat ini, dia kekal dengan partinya,” katanya ketika ditanya sama ada pemimpin itu sedang menggerakk­an penubuhan sebuah parti baharu berteraska­n orang muda.

Beliau bagaimanap­un berkata, rakannya itu kini memang mempunyai cara dan idealisme politik yang sedikit berbeza dengan pemimpin dalam partinya sendiri.

“Jiwa mudanya lebih tebal,” katanya sambil menegaskan pemimpin itu mahu landskap politik negara diubah dan tidak berteraska­n sentimen kaum semata-mata.

 ??  ??
 ??  ?? Jaafar Samsuddin
Jaafar Samsuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia