Berita Harian

Pemimpin PH serah PM tentukan nasib Waytha

-

Kuala Lumpur: Pemimpin utama parti gabungan Pakatan Harapan (PH) menyerahka­n sepenuhnya kepada kebijaksan­aan Tun Dr Mahathir Mohamad menentukan nasib Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya, berkata Dr Mahathir adalah pemimpin nombor satu yang lebih arif dalam soal pentadbira­n negara.

“Secara peribadi, meskipun ramai (ahli Kabinet) tidak mempunyai pengalaman, namun mereka sudah berusaha menjalanka­n amanah diberi sebaik mungkin.

“Apa yang lebih utama ketika ini adalah kepentinga­n negara dan sebarang keputusan membabitka­n kerajaan, adalah di tangan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Beliau mengulas kedudukan Waytha Moorthy selepas ramai mendesak supaya beliau meletak jawatan kerana dilihat gagal mengawal ketegangan kaum yang memuncak sejak akhir-akhir ini.

Hormati keputusan

Mengulas penyerahan memorandum Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU dihantar ke Pejabat Perdana Menteri untuk menggesa Waytha Moorthy meletak jawatan, kelmarin, Marzuki berkata, pihaknya menghormat­i keputusan yang diambil sayap parti berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Dr Mahathir tidak memecat Waytha Moorthy.

Malah, beliau melalui akaun Twitternya semalam, menyifatka­n Waytha Moorthy sebagai aset kepada pembangkan­g, selain Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Posting sindir kerajaan

“Harap @chedetoffi­cial tidak memecat Waythamoor­thy dan @maszlee. Mereka aset pembangkan­g,” tulisnya yang sebenarnya berunsur menyindir kerajaan.

Terdahulu, dalam postingnya tiga jam sebelum itu, beliau memuat naik status sinis mengenai Waytha Moorthy yang disifatkan gagal menjaga portfolio perpaduan, sebaliknya hanya mencetuska­n kemarahan rakyat.

“Waythamoor­thy menjaga portfolio perpaduan. Jelas beliau mencetus kemarahan orang ramai. Bagaimana beliau mampu memupuk perpaduan? Apa yang dia boleh buat untuk menyatukan rakyat? Oh, rakyat sudah bersatu dalam menolak beliau,” tulisnya.

Untuk rekod, Maszlee dan Waytha Moorthy adalah dua pemimpin kerajaan yang sering mendapat perhatian pembangkan­g sejak dilantik menyertai Kabinet.

Kenyataan kedua-dua mereka sering mencetuska­n kontrovers­i dan terpalit pelbagai kecaman masyarakat, menjadikan mereka sasaran mudah pembangkan­g membawa pelbagai isu mengkritik kerajaan.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir secara konsisten terus mempertaha­nkan kedua-dua menteri itu, malah berpuas hati dengan pencapaian mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia