Berita Harian

Air pasang petang ancam keselamata­n 15 kampung

Paras Sungai Kelantan naik rencat aktiviti harian penduduk

- Oleh Siti Rohana Idris

Sejak hampir dua minggu lalu, fenomena air pasang membimbang­kan sebahagian besar penduduk di 15 kampung yang terletak di sebuah pulau di sini.

Penduduk resah kerana air pasang berlaku setiap petang dan berakhir keesokan pagi, sekali gus merencatka­n aktiviti harian kerana mereka perlu keluar ke tanah besar melalui jeti Kok Majid, di sini.

Arus sungai deras

Menurut mereka, air pasang itu menyebabka­n Sungai Kelantan meningkat dan arusnya menjadi deras, sehingga menenggela­mkan jeti yang digunakan penduduk.

Seorang penduduk dari Pulau Seratus, Yusof Mamat, 70, berkata air pasang berlaku disebabkan hujan lebat di bahagian hulu, yang mengalirka­n air ke sungai.

“Walaupun keadaan ini berlaku setiap tahun, kami perlu berhatihat­i ketika mengemudi bot pada sebelah malam kerana bimbang akan terbalik.

“Biasanya kami akan menjalanka­n urusan penting pada sebelah siang dan hanya keluar pada waktu malam jika ada kecemasan,” katanya ketika ditemui di jeti Kok Majid, di sini.

Kejadian air pasang biasanya bermula pada jam 5 petang dan secara perlahan-lahan jeti Kok Majid akan tenggelam, hanya tinggal pelantar sebagai petunjuk kepada penduduk, terutama pemandu bot.

Jeti tenggelam

Sebaik tiba di pelantar itu, penduduk perlu mengharung air yang menenggela­mkan jeti sehingga mencecah 0.4 meter, sebelum dapat naik ke tebing tanah besar.

Seorang lagi penduduk dari Kampung Pulau Beluru, Zawawi Yaakob, 30, berkata kejadian air pasang sudah biasa dialami penduduk di kampung atas pulau, namun bagi masyarakat luar pemandanga­n jeti tenggelam sesuatu yang membimbang­kan.

“Memang tidak dinafikan agak berisiko bagi pemandu bot mengemudi bot mereka dalam keadaan arus sungai yang deras, tetapi atas pengalaman yang ada, masing-masing berwaspada.

“Jika bukan disebabkan arus sekalipun, kami berdepan halangan batang kayu atau sampah sarap yang hanyut dan itu memerlukan kemahiran mengemudi bot dengan baik,” katanya.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Yusof terpaksa menggunaka­n perahu ketika paras air meningkat di jeti Kok Majid, Tumpat, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Yusof terpaksa menggunaka­n perahu ketika paras air meningkat di jeti Kok Majid, Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia