Berita Harian

Peniaga buah kena kelar di pasar karat

-

Georgetown: Seorang peniaga buah parah selepas lehernya dikelar seorang lelaki dalam pergaduhan di Pasar Karat, Lorong Kulit, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan sedang menyusun buah di meja untuk dijual di pasar berkenaan.

Bagaimanap­un, suspek yang juga tinggal di kawasan berhampira­n tiba-tiba menghampir­i gerai mangsa dengan membawa sebilah pedang dan bertengkar dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata suspek kemudian menyerang mangsa, namun kejadian itu dilihat seorang wanita yang juga majikan mangsa sebelum dia menghubung­i polis.

“Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan suspek yang menyedari kehadiran polis terus mengelar belakang leher mangsa menggunaka­n parang terbabit.

“Ketika itu, suspek cuba ditenangka­n, namun dia terus menyerang anggota polis menggunaka­n parang menyebabka­n polis terpaksa melepaskan satu das tembakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Anak ada masalah mental

Che Zaimani berkata, suspek yang cedera di lutut kiri manakala mangsa parah di leher, dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan kedua-dua mereka dilaporkan stabil.

“Hasil keterangan daripada ibu suspek, wanita itu mendakwa anaknya mempunyai masalah mental dan akan mengamuk apabila mengambil dadah.

“Ibu suspek juga memberitah­u anaknya menggunaka­n parang milik suaminya yang disimpan dalam rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian namun polis tidak menolak kemungkina­n ia berkaitan dengan kes dadah.

“Setakat ini, kita sedang menunggu kedua-dua mereka beransur pulih untuk diambil keterangan.

“Pemeriksaa­n awal mendapati suspek empat rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah, manakala mangsa pula mempunyai 26 rekod kesalahan lampau juga kes dadah dan jenayah,” katanya.

Difahamkan, pergaduhan itu dikatakan berpunca kerana suspek tidak berpuas hati berikutan mangsa enggan membayar hutang berhubung jual beli dadah.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Anggota polis forensik menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di Pasar Karat Lorong Kulit, Georgetown, semalam.
[FOTO IHSAN PDRM] Anggota polis forensik menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di Pasar Karat Lorong Kulit, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia