Berita Harian

Bersemanga­t bukti bakat

Tempias kontrovers­i drama Isteri Bukan Untuk Disewa lonjak nama anak didik Osman Ali

- Oleh Zaidi Mohamad

Diukur pengalaman, tiga bakat baharu ini masih belum mempunyai nama kukuh untuk membuatkan mereka melangkah selesa dalam industri hiburan. Namun, kekangan itu bukan alasan untuk Halim Radzi, Zaki Azeman dan Mzul Helmyy tidak meneruskan persaingan, sebaliknya ia menjadi pembakar semangat untuk membuktika­n bakat.

Sekalipun dilihat masih bergelut membuktika­n kemampuan masingmasi­ng, mereka bertuah mendapat kepercayaa­n pengarah tersohor, Osman Ali untuk memulakan langkah. Menerusi drama kontrovers­i, Isteri

Bukan Untuk Disewa yang dibintangi Fattah Amin dan Tiz Zaqyah, ketigatiga bakat baharu ini mula mencuri perhatian ramai.

Tempias watak Suffi Naufal yang dilakonkan Halim, Bang Chaq (Mzul Helmyy) dan Imtiyaz Irdad (Zaki), sedikit sebanyak membuka ruang untuk mencari peluang baharu.

Halim umpamanya, sudah empat tahun mencuba nasib di pentas seni, bermula dengan menyertai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014.

“Ketika itu, saya berusia 18 tahun dan baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebetulan ada iklan mengenai DFKL, terdetik di hati untuk mencuba nasib.

“Jika ditanya, saya langsung tidak terfikir untuk menjadi pelakon. Saya sekadar mencuba kerana mahu mengisi masa lapang.

“Alhamdulil­lah, saya mendapat peluang pertama untuk berlakon drama

Cinta Ilahi dan Jalan Taubat dengan produksi JS Pictures,” katanya.

Bulatkan tekad

Meskipun terpaksa memperlaha­nkan rentak apabila menyambung pelajaran di sebuah kolej di Johor, minat yang mula bertunas tidak terhenti begitu sahaja.

Apabila ada masa terluang, Halim berusaha mencari peluang dan nasib menyebelah­inya apabila ditawarkan membintang­i telefilem Husin Peninglah

arahan Thumb Suhaimi.

Perkenalan dengan Nadzmi Adhwa ketika membintang­i telefilem Jalan

Taubat menjadi titik permulaan untuk meraih kepercayaa­n Osman.

“Saya mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat bersama Osman dan diterima berlakon telefilem Jula Juli

Bintang Cinta yang diterajui Mira Filzah dan Zizan Razak. “Banyak peluang yang diberikan Osman dan paling saya terharu apabila mendapat kepercayaa­n untuk beraksi dalam filem arahannya,

Langsuir,” katanya.

Mengakui banyak menimba ilmu daripada Osman, Halim yang pernah diberi kepercayaa­n sebagai pengacara untuk sebuah program dokumentar­i berkata, namanya mula dikenali hasil tunjuk ajar pengarah itu.

Watak kecil buka peluang Zaki

Sementara itu, Zaki pula mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan selepas ditawarkan watak kecil dalam telefilem arahan Osman, Teksi Love yang ditunjangi Fendy Bakry dan Mira Filzah.

“Bermula dengan satu babak, saya seterusnya ditawarkan watak sampingan untuk drama Bila Aidil Ada Fitri sebagai adik kepada Siti Saleha. “Alhamdulil­lah, drama Isteri Bukan

Untuk Disewa menjadi titik permulaan yang memberi impak besar apabila bakat saya mula diperhatik­an.

“Nama saya juga mula dikenali apabila jumlah pengikut di laman sosial, Instagram naik mendadak sepanjang drama itu ditayangka­n,” katanya.

Buru impian jadi penyanyi

Kawan baik kepada penyanyi, Khai Bahar ini berkata, dia pada awalnya menyimpan impian untuk mencipta nama dalam bidang seni suara.

“Namun, rezeki untuk berlakon terlebih dahulu datang. Insya-allah, jika nanti diberi peluang, saya tidak akan lepaskan peluang untuk mengejar citacita sebagai penyanyi.

“Sebelum ini, saya pernah tiga kali menghadiri uji bakat Akademi Fantasia (AF), namun tidak terpilih. Saya pernah bersama-sama Khai menghadiri uji bakat, tetapi hanya membolosi tahap kedua,” katanya.

Anak kelahiran Perlis ini mengakui, tidak mudah untuk membina hidup sebagai anak rantau. Zaki juga akur, jika terpaksa menanti lama untuk namanya dikenali.

“Rezeki setiap manusia tidak sama, ada yang cepat naik, ada yang terpaksa mengambil sedikit masa. Saya tidak akan mengalah.

“Bersama Osman, saya banyak belajar mengenai dunia lakonan yang sebenar. Dia tegas di lokasi penggambar­an, namun saya seronok dapat menimba ilmu daripada pengarah berpengala­man sepertinya,” katanya.

Mzul bimbang dipandang sepi

Mula berlakon sejak 2013, filem Pin

jamkan Hatiku membuka langkah Mzul untuk terus mencari peluang membina tapak selesa.

Bakat lulusan Diploma Kejurutera­an Perisian dari Universiti Limkokwing ini pernah diuji menerusi drama seperti Kerna Syurga Bukan Percuma, Bila Aidil Ada Fitri dan terbaru, Isteri Bukan Untuk Disewa, selain filem The Last Nyonya Santorini yang masih menanti tayangan.

Mengakui bukan mudah untuk bersaing, namun ia bukan alasan berpeluk tubuh. Mzul akur, jika tersilap percaturan, bakatnya akan dipandang sepi.

“Di luar sana, banyak bakat baharu yang mengharapk­an peluang untuk menyerlah dan dikenali. Jika saya alpa, usaha saya selama ini hanya sia-sia.

“Sudah tentu, saya ingin memperbaik­i mutu lakonan dengan mencuba nasib beraksi di bawah pengarah berkaliber lain,” katanya.

Platform terbaik asah bakat

Mzul berkata, bekerja di bawah Osman Ali turut menjadi platform terbaik untuk dia mengasah bakat dengan lebih serius.

“Nama saya belum besar, jadi tidak mudah untuk mendapat kepercayaa­n membawakan watak yang mencabar.

Saya tidak pernah putus asa menghadiri uji bakat.

“Mungkin ketika ini, rezeki saya hanya bersama produksi Nuansa, tetapi itu sudah membuat saya bersyukur. Sekurang-kurangnya saya dapat menimba ilmu baharu setiap kali ke lokasi penggambar­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N Foto: Halimaton Saadiah Sulaiman Busana: Far8byalte­liaamani (Instagram: @far8byalte­liaamani)
PENGHARGAA­N Foto: Halimaton Saadiah Sulaiman Busana: Far8byalte­liaamani (Instagram: @far8byalte­liaamani)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia