Berita Harian

Perunding imej serlah gaya pelanggan

Kerjaya tuntut bersikap terbuka, sentiasa peka aliran terkini fesyen

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Tugas sebagai perunding imej memerlukan ketelitian dalam memilih barangan mengikut keperluan pelanggan sesuai penampilan dan majlis yang bakal dihadiri.

Selain mesti mengikuti peredaran fesyen semasa, tugas ini memerlukan individu memahami konsep fesyen dan meneliti kesesuaian rekaan, material, tubuh serta karakter seseorang.

Ketua Pembeli Peribadi dan Perunding Imej Robinsons Kuala Lumpur, Safirol Azlie Md Saad, berkata ramai beranggapa­n tugas perunding imej hanya memberikan khidmat luaran.

Katanya, tidak kira umur, latar belakang, bidang pekerjaan dan gaya hidup mahupun industri yang diceburi, penjagaan imej penting kerana membantu meningkatk­an kredibilit­i dan penampilan positif individu.

Beliau berkata, kemahiran mengurus diperlukan setiap individu kerana imej melambangk­an keperibadi­an, terutama bagi mereka yang berkerjaya profesiona­l.

“Seiring perkembang­an industri fesyen, ramai wanita berminat terhadap penampilan diri,” katanya.

Berpengala­man lebih 20 tahun dalam industri fesyen, Safirol Azlie berkata, banyak perkara diambil kira dan paling penting perunding imej perlu bersikap terbuka mengikut keperluan semasa.

“Perunding imej mempunyai keselesaan dan cita rasa sendiri menjadikan sentuhan mereka unik, namun masih praktikal dipadankan kepada setiap pelanggan.

“Namun, mereka perlu bersikap terbuka dengan sentiasa menerima perubahan fesyen sesuai permintaan pelanggan yang pelbagai,” katanya.

Secara peribadi Safirol Azlie berkata, beliau selesa berjumpa pelanggan sebelum meneruskan sesi rundingan.

“Saya perlu mengenali siapa pelanggan dan lazimnya menerusi perbualan, karakter diri mereka dapat dikenal pasti. Kemudian kongsi mengenai tujuan persalinan yang dipilih.

“Kemudian saya mencari kesesuaian lengkap dengan pilihan kasut dan aksesori mengikut bentuk badan, karakter dan majlis yang bakal dihadiri,” katanya.

45 minit sesi rundingan

Safirol Azlie berkata, secara purata beliau mengambil masa sehingga 45 minit untuk setiap sesi rundingan, namun bergantung keadaan dan permintaan pelanggan.

“Cabaran menjadi perunding di pusat beli-belah memberi peluang mengenali puluhan jenama, selain kenal pasti koleksi ditawarkan.

“Selain itu, perlu peka perkembang­an fesyen setiap jenama yang dibawa masuk untuk dikongsika­n bersama pelanggan,” katanya.

Beliau juga bertindak sebagai pembeli peribadi dengan pelbagai peranan termasuk pemilihan produk kecantikan dan barangan hiasan dalaman kediaman.

Sebagai pembeli peribadi, beliau membantu pelanggan mencari kesesuaian produk kecantikan dan hiasan dalaman rumah.

Di pusat beli-belah, katanya dia tidak hanya peruntukka­n kepada fesyen bahkan membantu pelanggan memilih produk solekan.

“Ada masanya kami juga perlu berikan pendapat mengenai pesanan hiasan rumah mengikut kesesuaian majlis bakal mereka anjurkan,” katanya.

Tidak dinafikan, Safirol Azlie berkata, masyarakat tempatan masih janggal mendapatka­n perkhidmat­an perunding imej mahupun pembeli peribadi kerana beranggapa­n kosnya mahal.

“Sebenarnya banyak pusat belibelah mula tawarkan perkhidmat­an ini percuma. Pun begitu, buat individu yang mahu mengenali keperluan diri, baik dapatkan rundingan daripada pakar imej kerana pendekatan ini meningkatk­an keyakinan diri,” katanya.

Sepanjang pengalaman­nya beliau berkata, antara kepuasan dikecapi adalah ilmu imej membantu pelanggan menjadi anggun dengan penampilan lebih yakin.

“Penampilan individu memberi impak kepada karier dan kehidupan peribadi kerana apa ditonjolka­n pada dunia mencermink­an diri, termasuk meningkatk­an kepercayaa­n daripada individu lain,” katanya.

Saya perlu mengenali siapa pelanggan dan lazimnya menerusi perbualan, karakter diri mereka dapat dikenal pasti. Kemudian kongsi mengenai tujuan persalinan yang dipilih” Safirol Azlie Md Saad, Ketua Pembeli Peribadi dan Perunding Imej Robinsons Kuala Lumpur

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Safirol Azlie memberi nasihat dan membantu pelanggan membuat pilihan mengenai barangan hendak dibeli.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Safirol Azlie memberi nasihat dan membantu pelanggan membuat pilihan mengenai barangan hendak dibeli.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia