Berita Harian

Tanah runtuh, banjir gegar Fillipina

Lebih 20 korban selepas dilanda ribut ‘Usman’, ramai masih terperangk­ap

- Manila

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun adalah antara kira-kira 22 orang yang terkorban susulan tanah runtuh dan banjir akibat ribut tropika yang membawa hujan lebat di bahagian tengah Filipina.

Menurut jurucakap agensi bencana, Edgar Posadas, mangsa maut selepas siklon itu melanda bahagian timur Visayan dan wilayah Bicol, kelmarin.

“Angin tak kuat tetapi ia menyebabka­n banjir dan kejadian tanah runtuh,” kata Posadas, semalam.

Apa yang membimbang­kan, angka korban dijangka meningkat dan operasi penyelamat diteruskan ketika media tempatan melaporkan ada ramai yang hilang atau pun terperangk­ap susulan kejadian tanah runtuh.

Satu pejabat wilayah agensi bencana berkenaan menyebut petugas mereka memantau semalaman untuk mengesahka­n kematian 38 orang di wilayah Bicol yang terletak di kepulauan utama Luzon.

Semakin lemah

Apa pun, ribut dikenali dalam nama tempatan ‘Usman’ dilihat semakin lemah di kawasan tekanan rendah.

Bencana itu menyebabka­n ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang, pelabuhan dan terminal bas manakala perjalanan merentasi pulau turut dibatal.

“Sebahagian besar kawasan terjejas ditenggela­mi air dan kami menghantar pasukan penyelamat serta bot getah untuk menyelamat mangsa yang terbabit.

“Di beberapa kawasan, banjir mencecah hingga bumbung rumah,” kata pejabat pertahanan awam kerajaan wilayah Bicol.

Menurut pegawai serantau, lebih 22,000 orang terpaksa meninggalk­an rumah semasa ribut berlaku sehingga menyebabka­n kemusnahan tanaman padi dan jagung selain beberapa jalan dan jambatan tidak boleh dilalui.

Peramal cuaca kerajaan berkata semalam bahawa hujan lebat akan berterusan sehingga 24 jam di utara Filipina.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Penduduk meredah air di jalan selepas banjir di Baao, wilayah Camarines Sur di Filipina, semalam. Sebuah rumah musnah selepas dilanda ribut tropika yang mengakibat­kan tanah runtuh dan banjir di Daet, Camarines Norte, Filipina, semalam. Penduduk Filipina melihat rumah yang musnah selepas insiden tanah runtuh di Bulan, wilayah Sorsogon, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Penduduk meredah air di jalan selepas banjir di Baao, wilayah Camarines Sur di Filipina, semalam. Sebuah rumah musnah selepas dilanda ribut tropika yang mengakibat­kan tanah runtuh dan banjir di Daet, Camarines Norte, Filipina, semalam. Penduduk Filipina melihat rumah yang musnah selepas insiden tanah runtuh di Bulan, wilayah Sorsogon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia