Berita Harian

Garis hala tuju sektor usahawan

Antara usaha kerajaan percepat pertumbuha­n ekonomi Malaysia

- Oleh Alzahrin Alias dan Nabil Basaruddin

dilancar serta dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam dasar ini nanti, kita melihat ia sebagai pemangkin untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawan­an kepada ekonomi negara.

“Malah, dengan segala teras yang kita bakal gariskan dalam dasar ini, kita berharap ia dapat menjana pulangan RM50 bilion sektor koperasi pada 2020.

“Selain itu, ia juga dapat mewujudkan lebih sejuta pekerjaan dalam tempoh lima tahun,” katanya pada ‘Sesi Sepetang Bersama Pak Wan’ di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Hatta Ramli dan Ketua Setiausaha MED, Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sesi turut disertai Ketua Pengarang media tempatan serta pengurusan tertinggi dari 10 agensi di bawah kementeria­n itu.

Tampil bantu PKS

Dalam acara berasingan, Mohd Redzuan berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mesti bersedia sepenuhnya untuk melaksanak­an revolusi industri keempat (Industri 4.0), jika mahu kekal kompetitif dalam industri.

Beliau berkata penggiat industri perlu tampil membantu PKS menjadi syarikat digital, dan tidak semata-mata syarikat yang hanya menggunaka­n komputer.

“Kerajaan menyambut baik peneraju industri seperti Fuji Xerox, yang menyokong dan menjadi rakan kementeria­n dalam program berstruktu­r yang dapat mempromosi penerimaan ekonomi digital dalam kalangan PKS,” katanya pada pelancaran 14 pencetak digital baharu pelbagai warna Fuji Xerox, di Kuala Lumpur.

Menerusi konsep ‘Gerbang Kerja Pintar untuk Transforma­si Digital’, siri baharu ini bermatlama­t membantu syarikat Malaysia, terutama PKS, untuk meningkatk­an pertumbuha­n, peroduktiv­iti dan kecekapan dalam ekonomi digital.

Dalam perkembang­an lain, semasa ditanya adakah kereta nasional ketiga akan bekerjasam­a dengan syarikat automotif dari Jepun, Mohd Redzuan berkata, ketika ini terdapat lebih 90 pelabur swasta menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasam­a.

Bagaimanap­un, katanya kerajaan masih meneliti cadangan yang diberikan setiap pelabur swasta itu dan akan menyenarai pendek pelabur swasta yang terbaik.

“Kita perlu lihat syarat dan keperluan mereka, serta adakah ia akan memberikan kelebihan kepada kita sebagai negara pengeluar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia