Berita Harian

BELI NISSAN DAPAT RUMAH

Peluang pembeli sertai peraduan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Sempena menyambut ketibaan tahun baharu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominiu­m 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta menerusi peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’.

Peraduan ini satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Bhd, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondominiu­m bernilai RM665,000 di The ERA, Duta North, Kuala Lumpur, bagi sesiapa yang membeli dan mendaftark­an sebuah kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.

Bagi menambah keterujaan Tahun Baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000 untuk model terpilih Nissan.

Bagi meraikan Tahun Baharu Cina, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-hybrid Premium Highway Star, di mana ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.

Serena 2.0L S-hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya, iaitu 14.2 km/l (NEDC R101).

Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki (Hands-free Dual Power Sliding Door), Pintu Belakang Dwibukaan (Dual Back Door), 7 Saluran

USB, Intelligen­t Around View Monitor

(I-AVM) bersama Intelligen­t Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambu­ngan telefon pintar melalui Apple Carplayt.

Perkenal X-trail X-tremer

Bukan itu saja, ETCM sekali lagi memperkena­lkan Nissan X-trail X-tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan, iaitu putih (Brilliant White) baharu dan perak (Tungsten Silver) baharu bersama komponen yang digelapkan, termasuk bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci hitam berkilat.

X-trail X-tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam.

Nissan Serena 2.0L S-hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-trail X-tremer membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu pada 5 dan 6 Januari lalu dan 11 hingga 13 Januari masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada jam 10 pagi hingga 8 malam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nissan tawar peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’ kepada pembeli kereta jenamanya.
Nissan tawar peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’ kepada pembeli kereta jenamanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia