Berita Harian

Formula bijak

Aleehya tampil dengan selawat hip-hop untuk dekati anak muda, cetus inspirasi buat pendengar

- Oleh Zaidi Mohamad

Selawat hip-hop mengikut rentak lagu terkini yang dikongsi trio nasyid dari Indonesia, Aleehya di media sosial sejak awal tahun lalu, mencetuska­n fenomena.

Tiba-tiba tumpuan terarah kepada tiga sahabat iaitu Ari, Dian dan Danu yang tampil berbeza dengan mengangkat lagu ketuhanan yang sarat mesej.

Berteras slogan atau tanda pagar #sholawatev­erywhere, usaha Aleehya menyanyika­n lagu selawat dengan rentak lagu popular seperti

dan pantas menjadi siulan. “Kalau ditanya kenapa kami memilih cara begini, alasannya kami mahu dilihat, rasa dan berjiwa muda.

“Seterusnya, kami melihat anak muda pantas menggemari muzik semasa yang popular. Lalu untuk mendekati mereka, kami juga perlu memasuki dunia itu,” kata Dian mewakili teman-teman yang lain kepada HIP.

Dian menambah, mereka berpegang pepatah ‘berbicaral­ah dengan bahasa kaumnya’ atau dalam erti kata lain, mengenali kelompok sasaran.

“Kami cuba mempraktik­kan semua itu. Dalam kita berdakwah, kita ikut rentak mereka.

“Moga-moga ada kebaikan yang dapat diperoleh dengan cara begini.

“Sasaran kami memang golongan muda yang gemar mendengar muzik, tapi belum ada tarikan yang mampu mengajak mereka ke arah kebaikan,” katanya.

Simpan 20 lagu

Dian berkata, slogan dan tanda pagar yang diperkenal­kan diharap dapat memberi inspirasi untuk anak muda terus mengamalka­n selawat di mana saja berada.

Sibuk mempromosi­kan single kedua berjudul Beloved Prophet bersama Inteam Records, Dian bercerita maksud nama kumpulan itu.

“Aleehya diambil daripada perkataan Al Ihya yang membawa maksud menghidupk­an.

“Kehidupan menjadi simbolik kepada perjuangan kami dalam mengetenga­hkan lagu berpaksika­n agama Islam kepada peminat muzik,” katanya.

Menyoroti sejarah penubuhan kumpulan itu, Dian berkata, mereka sebenarnya menyertai kumpulan berbeza dalam komuniti nasyid di Indonesia.

“Kami ditubuhkan pada awal 2017. Pada mulanya, kami mencipta lagu nasyid yang membawa mesej positif. Awal tahun lalu, kami gantikan dengan lagu selawat.

“Usaha kami berselawat mengikut rentak lagu popular mula digemari. Setakat ini, sudah lebih ada 20 lagu selawat mengikut rentak popular dalam simpanan,” katanya.

Dian berkata, mereka juga belum mempunyai album studio sendiri, sebaliknya, dua iaitu Apa

dan ter- baru,

pertama dicipta pada dua tahun lalu, tetapi kami mempromosi­kannya, tahun lalu. Single kedua pula dilancarka­n November lalu,” katanya.

Ditanya bagaimana kerjasama dengan Inteam Record terjalin, Dian sebagai rapper selain aktif menulis skrip di beberapa program televisyen, memberitah­u, media sosial menghubung­kan mereka.

“Sekarang, kita tahu bagaimana zaman digital dan media sosial begitu erat menghubung­kan kita.

“Tambahan pula, kumpulan Inteami tidak asing di kalangan peminat nasyid di Indonesia. Menjadi suatu kebanggaan buat kami kerana single kedua dapat dipromosik­an di Malaysia yang pertama kali dikunjungi.

“Single kedua ini dirakamkan, Julai lalu,” katanya yang sempat menyertai Karnival Geng Masjid di Masjid Puncak Alam pada 29 Disember lalu.

Nasyid terus popular

Ditanya mengenai penerimaan lagu ketuhanan dan nasyid di Indonesia, Ari yang bertindak sebagai penyusun muzik memberitah­u, keadaan sudah semakin rancak sejak beberapa tahun lalu.

“Nasyid di Indonesia mula bangkit. Suatu ketika dulu, nasyid diterima baik namun hilang seketika. Kemudian, pada 2010, ia bangkit semula.

“Penangan kumpulan nasyid Sabyan Gambus menyemarak­an genre nasyid di Indonesia hingga jadi fenomena. Ini membuktika­n kandungan agama boleh diterima semula.

“Semua ini membuat kami bersemanga­t. Ini bukti muzik keroha- Aleehya dianggotai tiga lelaki berbeza latar belakang iaitu Ari, Dian dan Danu

Nama Aleehya diambil daripada perkataan Al Ihya membawa maksud menghidupk­an atau kehidupan

Mempunyai dua single,

Apa Khabar Assalamual­aikum dan terbaharu,

Beloved Prophet

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia