Berita Harian

‘Pekan dah balik’

Rita Rudaini mahu pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan

- Oleh Hanisah Selamat dan Zaidi Mohamad

Berkat usaha, doa dan solat hajat sejak minggu lalu, Rita Rudaini yang kehilangan kucing peliharaan diberi nama Pekan, akhirnya dipertemuk­an dengan haiwan itu, awal pagi semalam.

Genap seminggu hilang, Pekan, iaitu kucing jenis British Short Hair, ditemui dan diserahkan kepada aktres jelita itu di Balai Polis Semenyih, pada jam 2.50 pagi semalam.

Berita gembira itu dikongsi Rita melalui entri di Instagram, sebaik pulang dari balai polis berkenaan.

Mengaku tertekan selepas kucing yang diserahkan kepada dua kenalan di Semenyih bagi tujuan mengawan, tiba-tiba hilang, Rita mahu pihak berkuasa terus menyiasat laporan yang dibuat berhubung apa yang didakwa unsur meragukan terhadap individu yang meminjam kucing berkenaan daripadany­a, bagi tujuan mengawan.

“Alhamdulil­lah. Saya baru pulang dari Balai Polis Semenyih pada jam 2.50 pagi tadi. Terima kasih kepada Sarjan Rahmat dan anggota polis lain yang berjaya menyelamat­kan Pekan.

“Saya sangat gembira apabila dimaklumka­n berita ini. Pekan dalam keadaan letih, murung dan kurus. Saya juga mahu mengucapka­n terima kasih kepada seorang hamba Allah yang membongkar banyak maklumat.

“Allah hantarkan dia pada saat saya bersedih dan memerlukan pertolonga­n. Setiap malam saya menunggu maklumat daripadany­a dengan sabar. Mulia sungguh hatinya. Saya sudah anggap dia bagai keluarga sendiri,” katanya melalui catatan di Instagram.

Rita berkata, banyak keraguan bermain dalam fikiran berhubung insiden membabitka­n Pekan, apatah lagi tiba-tiba, kucing kesayangan itu ditemui.

“Saya mahu polis teruskan siasatan sampai merungkai segala kebenaran dan mengambil tindakan sewajarnya,” luahnya.

Rita berkata, ada hikmah dia menyebarka­n foto individu didakwa hingga meraih perhatian seseorang yang tahu situasi sebenar hingga Pekan ditemui.

Sejak kehilangan Pekan yang diserahkan kepada kenalannya di Semenyih minggu lalu, Rita melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan soal hajat agar kucing kesayangan ditemui.

Lancar kempen selamatkan kucing

Dalam usahanya menjejaki Pekan, Rita turut melancarka­n kempen Justice For Pekan (Keadilan Untuk Pekan) melalui media sosial, kelmarin.

Langkah itu diambil kerana bimbang kehilangan Pekan ada kaitan dengan sindiket menjual kucing secara haram.

Rita yang kehilangan haiwan peliharaan itu sejak Khamis lalu, turut memperkena­lkan tanda pagar Justice For Cats (Keadilan Untuk Kucing).

Dalam perkongsia­n di Instagram, Rita memuat naik foto laporan polis mendakwa faktor kecuaian selain beberapa fakta meragukan diberi dua individu yang mengambil Pekan daripadany­a bagi tujuan mengawan, minggu lalu.

“Saya akan buat apa saja untuk keadilan Pekan. Sama juga untuk kucing lain jika betul wujud sindiket membabitka­n jualan kucing.

“Siapa tahu tindakan saya ini boleh membantu mereka yang berdepan masalah sama,” katanya melalui entri berkenaan.

Rita bertekad mengheret pihak yang terbabit jika terbukti bertanggun­gjawab, ke muka pengadilan.

“Saya boleh terima jika orang bercakap jujur dan memohon maaf. Tapi saya memang tak boleh terima pembohonga­n atau ‘bermain wayang’.

“Bagi saya, buat satu penipuan, ia sudah ‘membunuh’ semua kebaikan lain. Orang yang sekali menipu, apakah mereka boleh dipercayai lagi?” kongsinya laginya.

Dalam perkongsia­n itu, Rita mendakwa dua individu terbabit memberitah­u, Pekan mengopak sangkar besi dan lari.

“Dakwaan itu amat meragukan. Bagai mustahil Pekan boleh berbuat begitu.

“Mereka juga mendakwa, rumah tidak dilengkapi kamera litar tertutup sekalipun saya tidak bertanya mengenainy­a.

“Apabila disemak di Instagram mereka berhubung kamera litar tertutup, maklumat sebaliknya dikongsi. Kenyataan itu amat bercanggah,” katanya.

Sehubungan itu, Rita berharap mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup sejak tarikh 1 Januari lalu ketika Pekan diserahkan sehingga haiwan itu hilang.

 ??  ??
 ??  ?? Rita berterima kasih kepada anggota polis Semenyih yang membantu menjejaki Pekan.
Rita berterima kasih kepada anggota polis Semenyih yang membantu menjejaki Pekan.
 ??  ?? Rita berharap misteri kehilangan Pekan bakal terungkai.
Rita berharap misteri kehilangan Pekan bakal terungkai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia