Berita Harian

Guna kamera video rakam perbicaraa­n kes profil tinggi tak sesuai: Richard

-

Putrajaya: Cadangan penggunaan kamera video dalam mahkamah bagi kes berprofil tinggi dan berkepenti­ngan umum tidak sesuai dilaksanak­an buat masa ini.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, berkata banyak perkara perlu dipertimba­ngkan jika mahu melaksanak­an cadangan itu, termasuk kemungkina­n tertuduh terganggu dengan cara itu.

“Ia adalah idea yang baik tapi adakah ia baik bagi tertuduh? Kemungkina­n pihak tertuduh tidak suka. Justeru, apa yang kita lakukan adalah memberikan media dan masyarakat umum maklumat yang tepat mengenai perjalanan kes.

“Kita juga merancang untuk mengeluark­an buletin dari semasa ke semasa berhubung sesuatu kes supaya masyarakat tahu apa yang sedang berlaku berdasarka­n maklumat yang tepat,” katanya selepas majlis pelancaran pembukaan Tahun Perundanga­n 2019, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Seramai 500 orang terdiri daripada hakim dan pegawai kehakiman menghadiri majlis berkenaan, yang diadakan setiap awal tahun.

Tambah baik pengurusan kes

Richard berkata demikian mengulas cadangan seorang peguam dalam temuramah bersama sebuah stesen televisyen supaya rakaman kamera video digunakan bagi kes berprofil tinggi dan berkepenti­ngan umum di mahkamah supaya orang awam boleh menonton prosiding berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Richard berkata, beliau dan tiga lagi hakim tertinggi kini sedang melaksanak­an beberapa perubahan bagi menambah baik perjalanan dan pengurusan kes mahkamah.

Antaranya, adalah penugasan hakim bagi sesuatu kes di Mahkamah Persekutua­n dibuat secara undian, sekali gus Ketua Hakim Negara tidak lagi mempunyai keistimewa­an untuk memilih hakim.

Selain itu, katanya, Sistem Pengurusan Beratur turut diwujudkan bagi membolehka­n peguam masuk ke Mahkamah Persekutua­n selepas giliran kes mereka tiba, tidak perlu lagi menunggu dalam mahkamah ketika kes lain sedang berjalan.

“Mereka boleh berada di kantin tanpa perlu bimbang giliran mereka terlepas. Mereka boleh melihat paparan skrin di kantin atau telefon bimbit apabila tiba giliran kes mereka,” katanya.

Richard berkata, pihaknya turut menyediaka­n Mekanisme Aduan melalui telefon dan media sosial bagi menerima aduan awam serta cadangan untuk meningkatk­an prestasi.

Bersara April ini

Sementara itu, mengulas mengenai penggantin­ya, Richard berkata, beliau menyerahka­n perkara itu kepada Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman (JAC).

Richard yang akan bersara April ini, berkata JAC yang dipengerus­ikan olehnya akan berbincang mengenai perkara itu.

Richard, 66, mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 11 Julai tahun lalu.

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantik­an Tun Md Raus Sharif yang meletak jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

 ??  ?? Richard Malanjum
Richard Malanjum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia