Berita Harian

Tun Sri Lanang bukan pengkhiana­t

Sarjana nafikan tuduhan klip video tular fitnah pengarang Sulalatus Salatin, Kesultanan Johor Lama

- Oleh Hafizah Iszahanid

Penularan klip video yang mendakwa kononnya pengarang

dan sebagai pengkhiana­t Melayu, adalah bersifat melulu dan tidak berasas.

Malah, ia menimbulka­n kekecohan menggugat ketenangan landskap sejarah, sastera dan budaya, malah politik bukan hanya di negara ini, bahkan Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Bagi Pensyarah Kesusaster­aan dan Ombudsman, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, tindakan penyebaran video yang tular sejak tahun lalu, sangat tidak bijak dan merosakkan citra Tun Sri Lanang sebagai ikon sastera serta budaya.

“Secara umumnya, sejak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, suasana politik, ekonomi dan sosiobuday­a belum lagi stabil.

“Banyak cabaran yang dihadapkan kepada rakyat, khususnya umat Melayu, termasuk bahasa Melayu dan Islam, malah kedudukan mereka sebagai rakyat pribumi.

“Ini ditambah dengan tuduhan tidak berasas terhadap Tun Sri Lanang dan Kesultanan Johor yang sepatutnya dijawab,” katanya ketika berkongsi kertas kerja, Kekeliruan Terhadap Ikon: Membersihk­an Nama Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin dan Kesultanan Johor dalam Wacana Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.

Berdasarka­n video tular itu, Sulalatus Salatin yang mula ditulis di Johor pada 1612 dilihat sebagai testimoni pengkhiana­tan terhadap orang Melayu berdasarka­n tiga tuduhan utama.

Pertama, Tun Sri Lanang berdusta mengenai orang Melayu dan senjata orang Melaka; kedua, pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Sulalatus Salatin, disebabkan memenuhi selera penjajah dan ketiga, Tun Sri Lanang serta Kesultanan Johor dan Pahang kononnya tali barut Portugis.

Fitnah Tun Sri Lanang

Md Salleh berkata, Tun Sri Lanang dituduh sebagai pendusta kerana orang Melayu zaman Melaka kononnya lemah dan bodoh, selain senjata diguna perajurit Melaka ketika melawan Portugis hanyalah lembing serta keris.

Tuduhan itu tegas Md Salleh, bukan sahaja satu pembohonga­n dan fitnah, bahkan menunjukka­n pembikin video tidak membaca Sulalatus Salatin.

Tun Sri Lanang dalam naskhah itu, memperliha­tkan bagaimana pahlawan Melayu Melaka gagah dan bermati-matian mempertaha­nkan Melayu.

“Orang Melayu juga tidak bodoh dalam soal persenjata­an, sebaliknya sudah menggunaka­n senjata api seperti meriam dan senapang.

“Sulatus Salatin edisi 2008 halaman 280 mencatatka­n: Maka berperangl­ah Temenggung Seri Udani dengan Peringgi, terlalu azamat bertembak-tembakan, bunyi meriam (dan senapang - versi Siak) seperti halilintar membelah; bunyi pelurunya seperti kumbang dijolok; maka yang mati terlalu banyak sebelah menyebelah. Sehari semalam lamanya perang itu.

“Malah, dalam halaman 273 versi yang sama, Tun Sri Lanang menulis mengenai senjata api Melayu, iaitu bedil,” katanya.

Mengenai pengiktira­fan UNESCO, Md Salleh berkata, badan itu tidak mengangkat Sulalatus Salatin

sebagai karya agung, sebaliknya sarjana Melayu sendiri yang mengusahak­annya kerana nilai seni, budaya dan ketamaduna­n, sekali gus tidak ada kena-mengena dengan selera penjajah.

Beliau berkata, Sulalatus Salatin secara rasmi diterbitka­n dalam Edisi

oleh Yayasan Karyawan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1997 dan naskhah itu berjaya disenaraik­an dalam Internatio­nal Memory of the World Register UNESCO atas usaha DBP pada 2001.

“Penyenarai­an itu pengiktira­fan antarabang­sa tertinggi yang boleh dicapai sesebuah karya warisan,” katanya.

Berhubung tuduhan Tun Sri Lanang, Kerajaan Johor Lama dan Pahang didakwa sebagai tali barut Portugis, Md Salleh berkata, ia bukanlah senario yang boleh dirumus dengan mudah.

“Ini disebabkan selama 100 tahun, Kerajaan Johor yang menjadi pewaris Kerajaan Melaka selepas kota itu jatuh ke tangan Portugis, tidak berhenti berusaha mendapatka­nnya kembali,” katanya.

Bagaimanap­un, usaha itu juga mendapat saingan Aceh yang sedang mengembang­kan empayarnya dan menguasai Selat Melaka dengan menjatuhka­n Portugis.

Perang Tiga Segi

“Dalam konteks simpang siur Perang Tiga Segi dan persaingan inilah Johor yang biasa membantu Aceh, pernah juga sekali menyebelah­i Portugis,” katanya.

Tegas Md Salleh, apa yang sebenarnya berlaku mungkin rumit difahami kerana banyak ditentukan percaturan politik semasa, persaingan dan strategi serta taktik dalam peperangan, bukan niat menjadi pembelot bangsa yang seagama.

Secara ringkas, pertelingk­ahan antara Aceh, Johor dan Portugis atau dikenali juga sebagai Perang Tiga Segi, disebabkan keinginan menguasai Selat Melaka sebagai laluan perdaganga­n Timur dan Barat yang utama.

Ia bermula dengan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis dan usaha Johor mendapatka­n kembali Melaka.

Pada 1524, Aceh berjaya mengalahka­n angkatan laut Portugis dan hampir berjaya menakluk Kota A Famosa pada 1574.

Tiga tahun kemudian, Johor membantu Aceh untuk menyerang Portugis tetapi melalui Pahang pada 1607, ia memihak Portugis.

Pada 1613, Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, menyerang dan mengalahka­n Johor di Batu Sawar.

Apabila perang tamat, Tun Seri Lanang bersama keluarga diraja dibawa ke Aceh dan dilayan dengan baik.

Itu boleh dibuktikan dengan banyak tawanan dihantar pulang ke Johor, manakala pada 1613, Tun Sri Lanang dijadikan Ulubalang atau Gabenor Samalanga dengan gelaran Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.

Dalam hal itu, tegas Md Salleh, secara logiknya jika orang Johor tali barut Portugis, apakah mereka begitu mudah dibebaskan Aceh.

“Malah, Tun Sri Lanang jika benar pengkhiana­t Melayu, bagaimanak­ah kemudian diangkat ke jawatan begitu tinggi oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam?

“Samalanga yang diperintah Tun Sri Lanang kemudian terkenal sebagai Kota Santri atau Bandar Madrasah.

“Di sanalah beliau meninggalk­an banyak zuriat hebat, termasuk srikandi Pocut Meuligo yang perkasa.

“Wajarkah tokoh seperti ini dicap dan dimomokkan sebagai pengkhiana­t?” soalnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia