Berita Harian

Dedah pekung KLFA

- Oleh Syafiq Aznan

Syazwan Andik Ishak yang didakwa ‘mungkir janji’ menegaskan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sudah tamat selepas majikannya itu gagal membayar gaji dua bulan pada November dan Disember lalu.

Malah, pertahanan skuad kebangsaan itu menegaskan sudah memaklumka­n mengenai hasratnya untuk menamatkan kontrak kepada KLFA menerusi emel dan surat kepada ketua jurulatih The City Boys, Yusri Che Lah 9 Januari lalu.

“Terdapat satu syarat dalam kontrak saya dengan KLFA yang membenarka­n saya menamatkan kontrak jika saya tidak menerima gaji untuk dua bulan.

“Saya sudah memberi surat kepada Yusri pada 9 Januari dan memberitah­unya tentang hasrat saya untuk menamatkan kontrak.

“Saya juga sudah menghantar emel kepada KLFA untuk menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji,” katanya.

Pemain berusia 22 tahun berkenaan tampil membuat kenyataan itu selepas Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa kecewa dengan tindakanny­a yang didakwa meninggalk­an pasukan tidak sampai sebulan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula 1 Februari ini.

Tidak beretika

Nokman menjelaska­n selepas Syazwan kembali daripada tugasan bersama skuad kebangsaan, KLFA dan pemain itu sudah mengadakan perbincang­an berhubung soal gajinya dan dia sudah bersetuju secara lisan untuk melanjutka­n kontraknya.

Bagaimanap­un, KLFA terkejut apabila mendapat tahu dia dijangka menyertai juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas bek kiri itu dikaitkan dengan perpindaha­n ke Melaka United (MU).

“Dia buat kami terperangk­ap dan cara dia melakukann­ya sangat tidak beretika kerana kami sudah mencapai persetujua­n lisan,” kata Nokman.

Terdahulu, Selangor menyatakan minat terhadap Syazwan sebelum MU turut mengakui mereka mahukan khidmat bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDTII).

Namun, pemain itu dikhabarka­n akan menyertai JDT dengan dia dipercayai sudah berada di Johor selepas mengemukak­an surat menyatakan perpindaha­n kepada KLFA.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH/BH ] ?? Syazwan (kiri) mengasak pemain Thailand, Adisak Kraisorn pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH/BH ] Syazwan (kiri) mengasak pemain Thailand, Adisak Kraisorn pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia