Berita Harian

Kembali ke istana sebagai Sultan Pahang

-

Pekan: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kembali ke Istana Abu Bakar di sini, buat kali pertama sebagai Sultan Pahang.

Baginda diiringi isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h tiba pada jam 6.30 petang, iaitu selepas sidang media khas oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang mengumumka­n keputusan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bermesyuar­at di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Majlis itu bersetuju sebulat suara atas pemilihan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang ke-6 berikutan keadaan Sultan Ahmad Shah yang gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungja­wab sebagai pemerintah.

Sebelum ini, Sultan Abdullah berangkat ke Istana Abu Bakar atas kapasiti sebagai Pemangku Raja Pahang dan Tengku Mahkota Pahang antaranya untuk mengurniak­an pingat kebesaran.

Detik bersejarah Sultan Abdullah kembali ke Istana Abu Bakar sebagai Sultan Pahang dirakamkan jurugambar NSTP, Muhd Asyraf Sawal yang menjadi satu-satunya jurugambar berada di istana ketika itu.

Pada sesi itu, Sultan Abdullah bertemu pegawai istana dan meninjau keadaan Istana Abu Bakar.

Baginda meminta kakitangan Istana Abu Bakar menjaga keadaannya, terutama dalam aspek kebersihan dan memelihara peralatan di dalamnya.

Baginda juga meninjau persiapan pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6 di Balai Rong Istana Abu Bakar yang dijadualka­n kirakira jam 11 pagi, Selasa ini.

Sultan Abdullah menggantik­an ayahandany­a Sultan Ahmad Shah yang memerintah negeri ini selama 45 tahun.

 ??  ?? Sultan Abdullah meninjau persiapan bagi Majlis Istiadat Pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.
Sultan Abdullah meninjau persiapan bagi Majlis Istiadat Pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia