Berita Harian

‘Serah Majlis Raja-raja pilih Agong’

Sultan Abdullah mahu fokus istiadat pemasyhura­n

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada 24 Januari ini untuk mengumumka­n pilihan calon sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16 demi kebaikan negara.

Baginda bertitah demikian ketika mengulas kemungkina­n dilantik sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16 berikutan pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6 menggantik­an ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah, berkuat kuasa semalam.

“Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudah pun tercatat saya ke situ, ke situlah saya. Ada dalam Surah Yasin ayat ke-82, kalau kita baca baru faham,”

Enggan mengulas

Baginda bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana mahu memfokuska­n istiadat pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6, di Istana Abu Bakar Pekan, esok.

“Dari situ baru saya fikir apakah harus saya buat selepas itu. Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi mengenai perkara itu,” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS di sini, semalam.

Majlis Raja-raja bermesyuar­at di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-pertuan Agong Ke-16 dan Timbalan Yang di-pertuan Agong.

Pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-pertuan Agong Ke15 yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembaga­an Persekutua­n.

Sultan Abdullah mengakui insaf dan perasaanny­a bercampur sedih serta syukur atas pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang yang mendapat kepercayaa­n daripada ayahandany­a, adik-beradik serta rakyat.

“Ini tanggungja­wab besar dan saya akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat Pahang.

“Saya nak janji lebih sangat pun ini bukan masanya untuk dinyatakan, tetapi saya akan berikan segala usaha dalam apa juga bidang,” titah baginda.

Titah baginda, fokus utama adalah memastikan kesejahter­aan rakyat dan menjalinka­n kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutua­n dan negeri yang ditadbir dua pihak berbeza.

“Tidak kira kerajaan mana sekali pun, kita harus mempunyai hubungan baik untuk membela rakyat yang memerlukan pertolonga­n.

“Saya akan buat segala dalam konteks kuasa diberikan kepada Raja Berperlemb­agaan, saya perlu banyak nasihat, pandangan bernas dan kritikan pedas,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Abdullah menunaikan solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS di sini iaitu rutinnya sebagai ahli kariah masjid berhampira­n kediamanny­a, Istana Abdulaziz.

Selesai solat Subuh, Sultan Abdullah turut menyertai talaqqi alquran bersama jemaah masjid.

Jemaah mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra sambil mengucapka­n tahniah kepada Sultan Abdullah atas pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang.

Baginda bersarapan di Restoran D’wafi, Taman Mahkota Putra, di sini yang lazim dilawatiny­a selepas solat Subuh.

Ramah mesra dengan rakyat

Di restoran itu, Sultan Abdullah mengambil kesempatan beramah mesra dengan orang ramai dan bertanya khabar.

Imam Besar 1 Masjid Imam Ashshafie, Izalludin Mat Nor, 53, berkata sudah menjadi rutin buat Sultan Abdullah menunaikan solat subuh di masjid itu sejak ia dibuka.

“Memang Tuanku biasa ke sini solat Subuh berjemaah, kadang-kadang bersama Tengku Puan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h), Tuanku membaca dua muka surah al-quran selepas itu dan Tarawih (pada Ramadan),” katanya.

“Kami di Kota SAS seronok dan saya sebut kepada Tuanku yang kehadiran baginda menjadi sumber inspirasi kepada penduduk, menyebabka­n semakin ramai jemaah datang ke masjid untuk solat Subuh,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Ash Shafie, Kota SAS di Kuantan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Ash Shafie, Kota SAS di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia