Berita Harian

Kementeria­n Pendidikan tak salur dana

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan menjelaska­n peruntukan kepada Kolej Universiti New Era bukan disalurkan melalui kementeria­n itu.

Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, peruntukan khas itu sebaliknya disalurkan secara terus oleh Kementeria­n Kewangan.

“Kementeria­n Pendidikan mengambil maklum isu peruntukan khas kepada Kolej Universiti New Era seperti dilapor media.

“Kementeria­n Pendidikan ingin menegaskan bahawa peruntukan itu bukan daripada peruntukan kewangan kementeria­n.

“Peruntukan yang diberikan adalah peruntukan khas Kementeria­n Kewangan yang diberi secara terus kepada kolej itu dan tidak melalui Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, majlis penyampaia­n peruntukan itu yang dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching adalah atas jemputan Kementeria­n Kewangan.

Katanya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang bukan universiti awam (UA), antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018.

“Kementeria­n Pendidikan berharap budaya memainkan sentimen perkauman dan memanipula­si fakta harus dielakkan bagi memelihara perpaduan seterusnya membolehka­n negara maju ke hadapan selaras aspirasi rakyat,” kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia