Berita Harian

Pemilik gagal daftar boleh kena tindakan

-

Langkawi: Pemilik premis penginapan pelanconga­n boleh dikenakan tindakan jika gagal mendaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya sebelum akhir Mac ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni Dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata premis penginapan berkenaan termasuk hotel, resort, rumah tumpangan, asrama dan rumah inapan di seluruh negara.

“Justeru, saya meminta pihak terbabit supaya dapat memanfaatk­an pengecuali­an fi pendaftara­n yang berlangsun­g sehingga Mac ini.

“Jika selepas tarikh yang dinyatakan, tindakan akan diambil,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama peserta industri perhotelan Langkawi di Pantai Chenang di sini, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kementeria­n mengecuali­kan bayaran pendaftara­n berjumlah RM70 kepada semua pengusaha premis pelanconga­n mulai 1 Januari hingga 31 Mac ini.

Justeru, sejumlah 1,700 pengusaha yang belum berdaftar disaran mengambil peluang untuk mendaftar premis mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia