Berita Harian

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen

Pelantikan berkuat kuasa hari ini, Jamil kekal Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan

- Oleh Fahmy A Rosli dan Noor Atiqah Sulaiman

Selepas Datuk Jamil Rakon diumumkan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen pada 4 Januari lalu, berlaku pertukaran ‘saat akhir’ membabitka­n jawatan itu, semalam.

Datuk Khairul Dzaimee Daud diumumkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu berkuat kuasa hari ini, walaupun nama Jamil sebelum ini disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Pertukaran terbaru

Pertukaran terbaru itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim, dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu turut memaklumka­n Jamil dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan.

Khairul Dzaimee, 47, sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) sejak Julai 2018.

Alwi berkata, Khairul Dzaimee berpengala­man dalam bidang pengurusan keselamata­n dan imigresen.

“Beliau turut bertanggun­gjawab terhadap dasar berkaitan hal ehwal imigresen, pengurusan pekerja asing serta hal ehwal pendaftara­n negara.

“Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmat­an awam pada Disember 1996 di Jabatan Perkhidmat­an Awam, diikuti Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan, sebelum di KDN,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khairul Dzaimee menggantik­an Datuk Seri Mustafar Ali yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional, berkuat kuasa 2 Januari lalu.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, ketika diminta mengulas pelantikan itu berkata, ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kementeria­n.

Lantikan perkara biasa

Beliau juga menolak dakwaan keputusan menggantik­an Jamil dengan Khairul Dzaimee adalah keputusan flip-flop.

“Ia perkara biasa dalam kementeria­n. Bukan flip-flop kerana berlaku dalam lingkungan kementeria­n itu sahaja dan tidak membabitka­n kementeria­n lain,” katanya.

Mengulas sama ada Ketua Setiausaha KDN mempunyai kuasa mengatur pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n, Azih berkata, Alwi cuma mengumumka­n, manakala lantikan diputuskan oleh kerajaan.

 ??  ?? Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia