Berita Harian

MB dahului senarai 340 penerima

Aminuddin terima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) bawa gelaran Datuk Seri

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Menteri Besar, Aminuddin Harun, mendahului senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Aminuddin akan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri, pada istiadat pengurniaa­n yang akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Turut menerima darjah kebesaran sama adalah Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador.

Tiga orang menerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik dan Setiausaha Agung Kementeria­n Hal Ehwal Parlimen Maghribi, Dr Hassan Ammari.

16 terima gelaran Datuk

Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerah­kan kepada 16 orang iaitu Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Rektor Universiti Teknologi MARA (UITM) Negeri Sembilan, Prof Dr Nasrudin Mohammed; Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Haizuan Rozali; Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), Sabuddin Sani.

Turut tersenarai, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali; Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zainudin Mohd Ali; Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, Brig Jen Najmuddin Jaafar.

Pesara Rejimen Semboyan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Zolkefli Saini; Bekas Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Izhar Othman.

Selain itu, peguam, Bong Ah Loi; Pengarah Eco Growth Plantation Sdn Bhd, Leong Siew Siong; Pengarah Mysmartgol­d Bullion Sdn Bhd, Chin Thiem Fook; Pengarah Nam Heng Safety Glass Sdn Bhd, Tan Lai Huan; Pengarah Urusan Costrade Group, Tio Boon Heng dan ahli perniagaan, Chong Thiam Woon serta Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali.

Sembilan menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), Darjah Tuanku Muhriz (lima), Darjah Pekerti Terpilih (10), Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (42), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (86), Pingat Jasa Kebaktian (140), Pingat Khidmat Lama (15) dan Bentara Tuanku Muhriz (12).

 ??  ?? Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
 ??  ?? Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
 ??  ?? Mohd Ekhwan Toriman
Mohd Ekhwan Toriman
 ??  ?? Nasrudin Mohammed
Nasrudin Mohammed
 ??  ?? Razali Ab Malik
Razali Ab Malik
 ??  ?? Zulkefly Mohamad Omar
Zulkefly Mohamad Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia