Berita Harian

AIM ditambah baik demi manfaat golongan sasar

-

Johor Bahru: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) komited terhadap usaha membantu rakyat dan pengisiann­ya akan terus ditambah baik demi manfaat golongan sasar.

Sehubungan itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, menyangkal dakwaan kononnya fungsi AIM lari daripada landasan penubuhann­ya.

Beliau berkata, kerajaan melaksanak­an pelbagai usaha ke arah mengembali­kan semula dan menambah baik fungsi organisasi itu.

Katanya, audit turut dijalankan terhadap anak syarikat AIM dan semua isu serta penyalahgu­naan diberi perhatian.

“Kalau nak dikatakan fungsi AIM jauh berbeza antara pentadbira­n kerajaan, itu tidak wajar kerana kita (Pakatan Harapan) baru lapan bulan memerintah, manakala AIM ditubuhkan sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dengan EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di sini, semalam.

Berdasar kelayakan

Rina berkata, pemilihan Pengerusi AIM baharu, Datuk Junaidah Kiting, dibuat berdasarka­n kelayakan, bukannya amalan kronisme seperti didakwa.

“Sahabat AIM 99 peratus daripadany­a adalah golongan wanita dan pemilihan pengerusin­ya bukan saja wanita, bahkan mempunyai latar belakang usahawan berjaya yang membuatkan beliau lebih dekat serta mampu menjiwai sahabat AIM,” katanya.

Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan Pengasas AIM, Prof Sukor Kasim, menggesa badan itu kembali kepada matlamat asal untuk membantu golongan miskin selaras dengan ikrar yang diungkapka­n.

Sukor turut membidas tindakan AIM melantik pengurusan baharu selepas pertukaran kerajaan.

 ?? [FOTO ZAIN AHMED /BH] ?? Rina bersama Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, R Sivarasa serta Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus (kiri), mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an bersama EXCO Luar Bandar di Johor Bahru, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED /BH] Rina bersama Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, R Sivarasa serta Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus (kiri), mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an bersama EXCO Luar Bandar di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia