Berita Harian

Niat baik namun solusi tidak lengkap

-

Perkara ini berlaku seketika dalam tempoh sebelum harga minyak diturunkan baru-baru ini dan ia mencetuska­n tohmahan pembangkan­g bahawa kerajaan mengaut keuntungan.

Sebenarnya soal itu tidak timbul kerana wang lebihan itu dimasukkan terus ke dalam akaun kerajaan yang kelak digunakan untuk rakyat juga.

Bagaimanap­un, bukankah lebih elok wang lebihan itu dimasukkan ke dalam satu dana khas yang diurus dan dikembangk­an menerusi pelaburan.

Dengan itu, kerajaan tidak lagi perlu ‘mengorek tabung’ untuk membayar subsidi kerana tanggungja­wab itu sudah jatuh kepada dana khas berkenaan.

Menerusi kaedah ini, harga tetap minyak dipertahan­kan, dana kerajaan tidak terjejas dan harga barangan distabilka­n untuk melindungi B40.

Pelajar B40 tolak tawaran akibat tak mampu

Kelonggara­n diberi kepada pelajar daripada B40 untuk melanjutka­n pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berpotensi menjadi satu game changer atau pengubah nasib bagi golongan itu.

Dalam lebih sedekad lagi, pelajar ini akan muncul sebagai profesiona­l, akademik dan usahawan, sekali gus melonjak mereka dan keluarga keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Namun, usaha murni itu tercalar pula dengan berita ada dalam kalangan pelajar daripada keluarga B40 terpaksa menolak tawaran ke MRSM.

Kelonggara­n bayar yuran

Alasan mereka ialah keluarga tidak mampu membiaya yuran yang perlu dibayar. Semalam kerajaan mengumumka­n kelonggara­n bagi pembayaran yuran terbabit.

Apa yang kita tidak faham bagaimana Kementeria­n dan MARA membuat tawaran sebelum ini tanpa memikir segala aspek keperluan dan kemampuan pelajar daripada keluarga B40.

Pegawai dan penasihat menteri harus dipertangg­ungjawabka­n dalam hal ini. Mereka harus mengamalka­n pemikiran lateral seperti dianjurkan de Bono, menawarkan menteri solusi yang lengkap kepada masalah dihadapi.

Perkara ini tidak seharusnya berulang kerana yang akan dipersalah­kan rakyat kelak adalah kerajaan sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia