Berita Harian

MOA syor tempoh TOL dilanjut

Pelaksanaa­n bantu petani kembangkan aktiviti pertanian

-

Oleh Laporan Syed Umar Ariff, Nasaruddin Mohd Parzi, Rizanizam Abdul Hamid, Sharaani Ismail, TN Alagesh dan

Nik Sukry Ramli

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mahu Kerajaan Pahang memberi lanjutan masa sehingga 30 tahun, kepada penerima lesen pendudukan sementara (TOL) untuk menjalanka­n aktiviti pertanian mereka di kawasan ini.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin, berkata langkah sedemikian perlu bagi membolehka­n usaha kerajaan membangunk­an aktiviti pertanian khususnya di kawasan ini, dapat dijayakan.

Beliau berkata, ketika ini ramai petani yang menggunaka­n TOL untuk menjalanka­n aktiviti pertanian berdepan kesukaran mengembang­kan pertanian, sekali gus menjejaska­n peluang pertumbuha­n ekonomi di kawasan ini.

Masalah tak selesai

“Di Cameron Highlands ada kira-kira 80 peratus petani menghadapi masalah ini. Masalah ini sudah lama, sudah 60 tahun tapi masih tidak diselesaik­an.

“Kita (MOA) mempunyai wawasan dan hala tuju jelas untuk Cameron Highlands, sebab itu kita mahu kerajaan negeri mempunyai azam dan tekad, untuk memberi satu hala tuju baharu (dalam mencari penyelesai­an terhadap masalah ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri sewajarnya mengambil perhatian mengenai masalah itu, memandangk­an hal ehwal tanah terletak di bawah tanggungja­wab mereka.

“Kita sudah bawa isu ini lama tetapi tidak ada maklum balas daripada kerajaan negeri.

“Jika masalah pengurusan dan pentadbira­n TOL tidak diselesaik­an, petani tidak dapat merancang membangunk­an aktiviti pertanian untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Beliau berkata, kelewatan urusan memperbaha­rui TOL contohnya, menyebabka­n petani sukar membuat pinjaman bank, memohon mengambil pekerja asing, apatah lagi terbabit dalam program inovasi baharu berkapasit­i tinggi, bertujuan meningkatk­an produktivi­ti hasil pertanian mereka.

“Kalau tempoh pendek, mereka tidak bawa teknologi baharu, tarik pelabur tempatan.

“Sebab itu pembanguna­n pertanian di Cameron Highlands, kedudukann­ya masih kekal sama sejak berpuluh tahun dan tidak boleh maju,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini petani yang kali pertama memohon TOL diberi tempoh tiga tahun, mereka perlu memperbaha­rui lesen itu setiap tahun.

“Masalahnya kini, contoh Januari dia mahu perbaharui, tidak ada jaminan diluluskan atau tidak. Ada kes sampai lima tahun tak boleh buat (perbaharui TOL). Jadi bagaimana dengan pertanian mereka.

“Ada kes tidak dapat diperbahar­ui, tiba-tiba dia dapat surat kena bayar cukai tanah. Jadi petani di sini susah merancang. Mereka tidak boleh dapat pinjaman kewangan,” katanya.

Beliau berkata, satu jawatankua­sa membabitka­n pelbagai pihak termasuk MOA, kerajaan negeri, agensi berkaitan seperti MARDI serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah ditubuhkan kementeria­n Ogos lalu, bagi menyelesai­kan masalah itu.

Teroka tanah haram

Menyentuh mengenai tanah haram, Tze Tzin berkata, ia sama sekali tidak berkaitan dengan pekebun yang menguruska­n pertanian menerusi TOL dan kerajaan sama sekali tidak kompromi, terhadap pihak yang sengaja membuka tanah pertanian secara haram.

“(Penerokaan) tanah haram sudah ada penguatkua­saan. Tidak ada lagi pembukaan baharu. Kita tidak setuju penerokaan haram tetapi kita bercakap tanah diusahakan secara sah oleh petani,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sehingga kini 24,007.4 hektar atau 3.2 peratus keluasan Cameron Highlands, diberi kepada pekebun melalui TOL untuk diusahakan.

 ??  ?? Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia