Berita Harian

Tindakan Kip Yap bersifat peribadi

-

Ipoh: GERAKAN Perak menyifatka­n tindakan Pengerusi GERAKAN Cameron Highlands, Ho Kip Yap, menjadi pencadang kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebagai keputusan peribadi.

Pengerusin­ya, Datuk See Tean Seng, berkata ia kerana Kip Yap adalah individu yang terkenal di Cameron Highlands sebagai seorang yang rajin, rendah diri dan aktif dalam kegiatan kemasyarak­atan.

Sering bantu penduduk

“GERAKAN akan buat apa yang terbaik untuk rakyat. Beliau seorang yang sangat aktif dan selalu menolong orang di sana. Saya rasa keputusan beliau adalah lebih bersifat peribadi,” katanya.

Pada hari penamaan calon PRK Parlimen Cameron Highlands, kelmarin, Kip Yap mengejutka­n orang ramai apabila menjadi pencadang kepada pencalonan Ramli, yang menjadi calon langsung BN.

Tindakan Kip Yap itu menimbulka­n tanda tanya kerana pada 23 Jun lalu, GERAKAN mengumumka­n keluar dari BN selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bagaimanap­un, Tean Seng berkata, tindakan Kip Yap menimbulka­n tanda tanya kerana beliau tidak berbincang dengan presiden parti dan membuat tindakan sendiri.

“Beliau tidak mendapat restu daripada presiden (dan kepemimpin­an) peringkat nasional. Kami ada berbincang dengan beliau sebelum ini untuk menjadikan beliau sebagai calon (PRK Cameron Highlands) tetapi dia tolak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia