Berita Harian

Kekosongan ahli tak jejas fungsi SPR

Agensi tiada masalah urus pilihan raya kecil Semenyih

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Iskandar Ibrahim

Kekosongan jawatan Ahli Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) ketika ini tidak mengganggu atau menjejaska­n fungsinya, kata Pengerusin­ya, Azhar Azizan Harun.

Malah, katanya, kekosongan ahli SPR ketika ini tidak akan mewujudkan masalah kepada suruhanjay­a itu untuk menguruska­n pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Katanya, beliau kurang pasti mengenai status pelantikan ahli baharu SPR kerana ia tidak termasuk dalam bidang kuasanya.

“Mengikut Perlembaga­an, sesuatu badan atau suruhanjay­a tidak akan affected (terkesan) dengan apa-apa kekosongan atau vacancy.

“Malah ada satu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan yang kata SPR tidak perlu ada semua tujuh ahli untuk berfungsi. Maka, tidak ada masalah mengenai (PRK DUN) Semenyih,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan BH semalam yang memetik kenyataan bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar SPR mungkin tidak dapat meneruskan fungsinya termasuk mengadakan PRK DUN Semenyih kerana tidak memiliki ahli yang lengkap seperti dikehendak­i dalam Perlembaga­an.

Sementara itu, Azhar semalam ‘mengajar’ pengguna Twitter berkaitan undang-undang supaya tidak sekadar mendengar khabar angin sebaliknya segera melaporkan salah laku dan rasuah dalam pilihan raya.

Azhar berkata, individu yang mempunyai maklumat langsung berhubung perkara itu perlu segera membuat laporan kepada polis atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Orang yang mempunyai maklumat langsung (direct evidence) patut buat report (laporan). Kalau saya buat report, apa jenis statement (kenyataan) yang boleh saya beri kepada polis atau SPRM? Semua hearsay (khabar angin).

Reaksi kepada pengguna twitter

“Soalan: Awak nampak benda itu berlaku? Jawapan: Tidak. Saya nampak di Twitter. Jadi bagaimana?” katanya dalam mesej Twitter.

Beliau memberi reaksi kepada mesej pengguna Twitter berhubung beberapa gambar yang tersebar memaparkan seorang wanita memakai pakaian tertera logo Pakatan Harapan (PH) didakwa mengagihka­n wang kepada beberapa sukarelawa­n parti itu.

Buat laporan pihak berkuasa

Azhar berkata, menjadi tanggungja­wab individu yang tahu kejadian itu membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan undangunda­ng dapat diambil.

“Ia sekadar khabar angin jika dakwaan seseorang itu bergantung kepada kenyataan individu lain. Sekeping gambar hanya menjadi khabar angin jika individu yang merakamkan gambar terbabit memberi kenyataan,” katanya yang juga seorang peguam.

Dalam status Twitter itu, Azhar turut memuat naik analogi perbualan sebagai contoh supaya tidak hanya bergantung kepada gambar untuk membuat dakwaan.

“Apa yang jadi: Minah nampak gambar di Twitter lori langgar Myvi, motor pula masuk longkang. Minah buat laporan. Polis tanya: apa yang jadi? Minah: Tidak tahu. Saya nampak gambar jer...polis: siapa langgar siapa? Motor macam mana masuk longkang pula? Minah: Saya tidak tahu,” katanya.

 ??  ?? Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad, semalam.
Keratan akhbar BH Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia