Berita Harian

UMNO tentukan persiapan, calon PRK Semenyih Khamis

-

Kuala Lumpur: UMNO akan memutuskan isu calon dan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas pengurusan UMNO bermesyuar­at, Khamis ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan yang dicapai pada mesyuarat pengurusan itu akan dibawa ke mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO Selangor untuk dibincangk­an.

“Kita akan mengadakan mesyuarat pengurusan dan perhubunga­n negeri untuk membincang­kan PRK DUN Semenyih. Segala keputusan akan dibuat selepas mesyuarat itu.

“Setakat ini, mesyuarat pengurusan UMNO akan diadakan pada Khamis ini jam 2.30 petang. Cadangan dan keputusan yang dicapai daripada mesyuarat ini akan di bawa ke mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO negeri selepas itu. Naib Presiden UMNO

“Tarikh mesyuarat Badan Perhubunga­n Negeri akan ditentukan kemudian,” katanya kepada BH, semalam.

PRK DUN Semenyih bakal diadakan susulan penyandang­nya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 4.45 pagi Jumaat lalu akibat serangan jantung.

PRK keempat

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Bakhtiar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengenepik­an penyandang­nya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abd Aziz serta dua calon lagi iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelva­n mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bakhtiar mengalahka­n Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

Ia PRK keempat di Selangor dalam tempoh lapan bulan selepas PRU-14. Sebelum ini Selangor mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong yang semua kemenangan memihak kepada PH.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihaknya akan membuat pemakluman secara rasmi kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan DUN Semenyih, minggu depan.

Katanya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa untuk membuat pemakluman itu demi menghormat­i keluarga Allahyarha­m yang baru sahaja kehilangan anggota keluarga.

“Belum lagi, kita jangka minggu hadapan dalam hari Isnin, Selasa atau Rabu depan.

“Ia bergantung proses seperti mendapatka­n sijil kematian dan pengesahan daripada keluarga Allahyarha­m,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia