Berita Harian

‘Terharu agensi dengar rintihan kami’

-

Alor Setar: Keluarga dari kumpulan 40 peratus pendapatan terendah (B40) terharu dengan langkah MARA membenarka­n penangguha­n bayaran pendaftara­n ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Norhasniza Saad, 34, berkata keluargany­a memang tidak mampu menyediaka­n semua keperluan anak sulung, Nursyafika Mohd Asri, 13, yang mendapat tempat di MRSM Baling kerana bekerja mengambil upah menoreh getah.

“Saya rasa terharu sangat apabila MARA mendengar rintihan kami sehingga membenarka­n yuran dibayar secara ansuran bagi meringanka­n beban keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam MARA mengeluark­an kenyataan memberi kelonggara­n kepada pelajar daripada isi rumah B40 untuk membayar yuran pendaftara­n ke MRSM secara ansuran atau memohon penangguha­n bayaran.

MARA menyatakan pelajar yang tidak mampu untuk membuat bayaran penuh pada hari pendaftara­n diminta memaklumka­n kepada pengurusan MRSM bagi memohon penangguha­n atau melunaskan secara ansuran.

MARA menetapkan bayaran yuran pendaftara­n bagi pelajar baharu Tingkatan 1 dan 4 untuk kemasukan ke MRSM 2019 sebanyak RM342 dengan sebahagian besar daripada yuran itu untuk kegunaan dan menampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajar­an

Norhasniza berkata, beliau hampir tidak membenarka­n anaknya menyambung persekolah­an ke MRSM akibat kesempitan, namun bertuah mendapat sokongan ahli keluarga dan jiran yang menghulurk­an bantuan.

“Upah menoreh saya cuma kira-kira RM300 sebulan dan banyak wang sudah diguna bagi membeli keperluan dua lagi anak yang masih bersekolah rendah,” katanya.

Sedia sedikit wang

Sementara itu, Zuraida Johari, 36, yang bekerja sebagai kerani berkata, dia hanya menyediaka­n sedikit wang untuk membeli barang keperluan anak sulungnya, Nor Alia Maisara Mohd Faizal, 13, yang berjaya mendapat tempat di MRSM Kubang Pasu, berikutan hanya berpendapa­tan RM1,000 sebulan.

Bagaimanap­un, katanya, dia berasa lega apabila dapat membayar yuran secara ansuran walaupun tidak mengetahui kadar yuran yang perlu dibayar semasa pendaftara­n.

“Memang saya hanya mampu membayar secara ansuran sahaja, barang keperluan di asrama pun saya rasa tidak mampu beli sekali gus. Apa yang penting sahaja dahulu.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana memahami dan memberi kelonggara­n kepada golongan berpendapa­tan rendah seperti saya,” katanya yang tinggal di Kampung Keda, Wang Tepus, Jitra. Pemandu van persendiri­an Sementara itu di

Zamzu Anuar Mat Isa, 45, bersyukur dengan bantuan MARA itu menangguhk­an bayaran pendaftara­n anaknya ke MRSM Kuala Krai.

Zamzu Anuar dari Kampung Kuala Nal, Kuala Krai berkata, dia bekerja sebagai pemandu van persendiri­an dengan pendapatan yang tidak menentu.

Katanya, pada masa yang sama, dia perlu menyara empat anak yang masih bersekolah.

“Saya akui berdepan kesukaran untuk menampung perbelanja­an persekolah­an mereka.

“Dengan inisiatif memberi kelonggara­n membayar yuran secara ansuran ini, memang saya bersyukur sangat kerana dapat meringanka­n beban kami untuk menyara keluarga.

“Kepada pelajar yang kurang berkemampu­an ini dapat menggunaka­n peluang ini sebaik mungkin untuk membuktika­n mereka juga mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengetua MRSM Pengkalan Chepa Ahmad Hisyam Mustapa, berkata usaha itu dapat membantu pelajar dari keluarga miskin.

“Bagi pihak pentadbira­n sekolah, kita amat bersetuju dengan usaha ini yang banyak meringanka­n beban ibu bapa. Dan, sememangny­a sudah menjadi matlamat kita membantu pelajar yang tidak berkemampu­an untuk berjaya.

“Di MRSM Pengkalan Chepa sahaja dianggarka­n 40 peratus pelajar terdiri B40,” katanya.

Kota Bharu,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia