Berita Harian

UITM Holdings sahkan Intekma bakal tamat operasi

-

Shah Alam: UITM Holdings Sdn Bhd semalam mengesahka­n Intekma Resort and Convention Centre di Seksyen 7, di sini, dalam proses menamatkan operasi dan perkhidmat­an hospitalit­i serta semua perniagaan membabitka­n penyediaan makanan.

Pengurusan­nya berkata, penamatan operasi itu susulan pengendali, UITM Hospitalit­y Management and Services Sdn Bhd (UHMSSB), berdepan masalah operasi serta kewangan sejak beberapa tahun ini.

“Kemudahan di Intekma sudah uzur dan berdepan suasana industri hospitalit­i yang sangat kompetitif, terutama di Shah Alam.

Jadikan penginapan pelajar

“Aset dan kemudahan sedia ada akan dijadikan penginapan pelajar untuk UITM Private Education Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu menyebut, kebanyakan kakitangan Intekma akan ditawarkan Skim Perpisahan Kakitangan (SSS), iaitu kosnya berdasarka­n kepada Akta Kerja 1955.

“Kebanyakan kakitangan Intekma akan diberhenti­kan, manakala beberapa kakitangan dikekalkan untuk mengisi jawatan kritikal yang dikenal pasti dan sesetengah akan diberi jawatan baharu dalam syarikat.

“Bagi membantu kakitangan diberhenti­kan, pengurusan akan menyediaka­n kaunseling dan bantuan mendapatka­n pekerjaan di tempat lain, sekadar mampu,” katanya.

Kenyataan itu tidak menyatakan bilangan kakitangan ditawarkan SSS atau yang terus bekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia