Berita Harian

‘Hukuman terlalu ekstrem’

-

Kota Kinabalu: Pemakaian rompi (ves) tertulis ‘monyet’ terhadap individu yang didapati membuang sampah merata-rata di Semporna dianggap hukuman yang ekstrem.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Jaujan Sambakong, turut mempersoal­kan undang-undang atau peraturan digunakan bagi membolehka­n penggunaan perkataan ‘monyet’ pada pakaian itu dan dipakai individu yang didenda kerana membuang sampah sesuka hati.

“Kita faham dan boleh menerima jika individu yang membuang sampah mungkin dihukum dengan dikenakan denda melakukan kerja amal mengutip sampah. Hukuman denda saja tidak salah, tetapi saya tidak faham kenapa perlu menggunaka­n vest dengan perkataan monyet.

Tindakan tak boleh diterima

“Bukankah ini dianggap terlalu ekstrem? Kita tahu ini tindakan drastik yang dibuat disebabkan masalah sampah di daerah itu, tetapi pemakaian ves dengan perkataan monyet tidak difahami dan tidak dapat diterima,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jaujan bagaimanap­un memuji tindakan dan pendekatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam memastikan kebersihan di Kampung Sembulan, beberapa tahun lalu.

“Saya melihat Sembulan tidak lagi kotor seperti dahulu, mungkin pendekatan seperti itu boleh dibuat,” katanya.

Mengenai kesan positif hukuman itu terhadap isu kebersihan di Semporna, Jaujan berkata, objektif hukuman denda memang baik untuk kebersihan, tetapi pemakaian ves dengan perkataan monyet adalah ‘taktik mengejutka­n’ yang boleh menjatuhka­n air muka individu terbabit.

Khamis lalu BH melaporkan, seramai 12 individu dikenakan denda oleh Majlis Daerah Semporna (MDS) dengan melakukan kerja amal mengutip sampah sambil memakai ves tertulis perkataan ‘monyet’ selepas didapati membuang sampah sesuka hati.

 ??  ?? Pesalah yang gagal membayar kompaun berikutan membuang sampah merata-rata didenda mengutip sampah sambil memakai ves tertulis perkataan monyet di Semporna.
Pesalah yang gagal membayar kompaun berikutan membuang sampah merata-rata didenda mengutip sampah sambil memakai ves tertulis perkataan monyet di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia