Berita Harian

Lelaki jadikan budak tebusan mati ditembak

Suspek cuba campak mangsa ke luar tingkap dari tingkat empat

- Oleh Junaidi Ladjana

Drama tebusan membabitka­n kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Taman Telipok Ria dekat sini, semalam berakhir selepas polis menembak mati seorang suspek lelaki.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, polis melepaskan tujuh das tembakan yang mengenai suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu selepas dikesan cuba mencampakk­an mangsa ke luar tingkap dari unit flet di tingkat empat.

Suspek tangkap mangsa

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata siasatan awal mendapati suspek mengunjung­i sebuah rumah menjual barangan runcit bersebelah­an kediaman tempat kejadian.

“Lelaki itu dilihat membawa pisau keluar dari rumah menjual barangan runcit lalu menangkap mangsa yang kebetulan bermain berhampira­n.

“Suspek kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke rumah bersebelah­an sambil mengacu pisau ke leher mangsa,” katanya kepada media di lokasi kejadian, semalam.

Omar berkata, polis menerima maklumat kejadian pada jam 4 petang sebelum menghantar anggota dan berunding dengan suspek supaya melepaskan kanak-kanak terbabit.

Bagaimanap­un, katanya, suspek enggan dan terus mengacu pisau ke leher kanak-kanak terbabit hingga mangsa luka.

“Tindakan suspek cuba mencampak mangsa keluar dari tingkap di tingkat empat menyebabka­n polis melepaskan tembakan mengenai suspek.

“Suspek mati di tempat kejadian dan polis segera menyelamat­kan Pesuruhjay­a Polis Sabah mangsa lalu dibawa ke hospital menaiki ambulans yang bersedia di lokasi,” katanya.

Omar berkata, siasatan mendapati suspek tidak tinggal di kawasan perumahan itu dan dipercayai warga asing kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Ketika rundingan, katanya, suspek tidak membuat sebarang permintaan manakala motif tindakanny­a belum diketahui.

“Mungkin suspek mempunyai masalah mental, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA ?? Polis lengkap bersenjata berkawal di luar rumah suspek di Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu.
[FOTO IHSAN PEMBACA Polis lengkap bersenjata berkawal di luar rumah suspek di Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia