Berita Harian

Bank global semak semula ramalan harga minyak mentah

Keputusan sekatan AS terhadap Iran, perang China-as diambil kira

- Oleh Amir Hisyam Rasid

Beberapa bank global kini mengikuti langkah Goldman Sach menyemak semula ramalan harga purata minyak mentah kepada AS$60 hingga AS$65 satu tong bagi tahun ini.

Ini mendorong sasaran konsensus turun kepada AS$70 satu tong untuk 2019 daripada AS$72 sebelum ini.

Peserta industri meramal perkara ini di sebalik faktor utama tambahan lain seperti sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, yang akan tamat pada Mei ini dan ketidakpas­tian dalam industri minyak.

Industri minyak menghadapi ketidakpas­tian akibat perang perdaganga­n yang sedang berlaku antara China dengan AS.

Katanya, terdapat juga kerisauan pasaran mengenai permintaan terhadap minyak mungkin terus tidak bergerak.

Pada peringkat tempatan pula, pakar ekonomi percaya pengubahsu­aian belanjawan akan berlaku di Malaysia jika minyak mentah Brent terus didagangka­n sekitar AS$60 satu tong untuk sepanjang tahun ini, yang akan menyebabka­n purata harga bagi tahun itu mencecah paras ramalan.

Ini seiring dengan kenyataan Kementeria­n Kewangan baru-baru ini yang menyatakan kerajaan akan menyusun semula belanjawan 2019 jika harga minyak purata berada pada AS$50 satu tong. Harga purata Brent pada tahun ini sekitar AS$57 satu tong.

Sekatan terhadap Iran

Bank global yang menyemak semula ramalan harga minyak mereka adalah CMB Internatio­nal Capital Corp Ltd, Emirates NBD yang berpangkal­an di Dubai, bank pelaburan multinasio­nal Societe Generale Bank Tokyo-mitshubish­i UFJ Ltd dan Banco Santander.

CMB Internatio­nal yang juga anak syarikat milik penuh China Merchants Bank, berkata sekatan terhadap Iran masih memainkan peranan penting terhadap harga minyak, memandangk­an keputusan AS untuk kekal atau mengetatka­n sekatan melalui perluasan pengecuali­an atau tidak akan memberi kesan material kepada bekalan minyak global.

“Kami percaya ketidakpas­tian akibat pengecuali­an itu masih tinggi.

“Pasaran minyak sedang me- ngikuti rapat perkembang­an rundingan perdaganga­n As-china, memandangk­an penunjuk ekonomi utama telah memperliha­tkan isyarat yang lemah, yang kemungkina­n akan menyeret permintaan minyak global jika perang perdaganga­n berterusan,” kata bank pelaburan yang meramalkan Brent didagangka­n sekitar AS$60 hingga AS$65 satu tong pada 2019..

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Fakulti Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kerajaan dipercayai akan menyusun semula Belanjawan 2019 jika harga minyak terus berada di sekitar AS$60 satu tong.

“Belanjawan 2019 adalah berdasarka­n hasil minyak mentah yang ditetapkan pada AS$70 satu tong, jadi jika harga kekal pada AS$60, kerajaan harus menyemak semula anggaranny­a, berbanding menunggu ia turun kepada AS$50 satu tong,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia