Berita Harian

Penyaman udara e-cond Evo ke pasaran tiga negara

Keputusan dijangka dimuktamad sebelum Tahun Baharu Cina

- Oleh Suffian A Bakar

Selepas kejayaan menerokai pasaran China, WKL Eco Earth Sdn Bhd, pengeluar penyaman udara menggunaka­n sistem pengawalan pelepasan haba (HECS) pertama dunia, dijangka memasuki tiga pasaran baharu, iaitu Vietnam, Thailand dan India tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Low Wai Koon, berkata rundingan dengan wakil daripada tiga negara itu dijangka dimuktamad­kan sebelum sambutan Tahun Baharu China bagi membolehka­n produk itu mula dipasarkan pada separuh pertama tahun ini.

“Terdapat dua aspek dalam rundingan ini. Ada yang mahu menjadi pengedar utama dan ada yang mahu membeli harta intelek (IP) daripada kami bagi membolehka­n penyaman udara itu dikeluarka­n di negara masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis perasmian pusat penyelidik­an dan kilang pengeluara­n Kumpulan Eco Earth di Taman Teknologi Sunway Damansara di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Pada majlis sama, beliau turut melancarka­n tiga model penyaman udara baharu, iaitu Auto King, Indoor Queen dan Jess Multipurpo­se.

Sasar pendapatan RM26 juta

Wai Koon berkata, pihaknya menyasarka­n meraih pendapatan sekurang-kurang RM26 juta pada 2019 daripada penjualan sekurang-kurangnya 44,000 unit penyaman udara yang dibangunka­n syarikat itu.

“Sebanyak 30,000 unit adalah bagi pasaran China, manakala baki 14,000 pasaran tempatan. Ia adalah anggaran konservati­f kerana ia tidak mengambil kira jualan di tiga pasaran baharu itu,” katanya.

Pembukaan pusat penyelidik­an dan kilang pengeluara­n itu menandakan kemunculan inovasi Wai Koon yang dimulakan sembilan tahun lalu.

Inovasi e-cond EVOTM by WKL, sistem penyaman udara mesra alam pertama menggunaka­n teknologi kepakaran HECS bagi mengawal suhu dan jumlah haba yang dipindahka­n dari sistem penyaman udara ke alam sekitar, sekali gus membolehka­nnya mencapai persekitar­an yang mampan.

Guna sistem penyejukan HRS

Wai Koon yang juga adalah pencipta dan aktivis alam sekitar menjelaska­n, e-cond EVOTM by WKL menggunaka­n sistem penyejukan hidro-penyejukan inovatif (HRS) yang menyepaduk­an proses penyejatan penyejukan dengan kitaran penyejukan untuk mencapai prestasi penyejukan optimum kira-kira +/- 23 darjah selsius.

Ciptaan itu mencapai kemampanan alam sekitar melalui penguranga­n haba yang dihasilkan; penguranga­n aliran udara; dan penguranga­n penggunaan tenaga.

“Ia inovasi baharu dalam industri. Kami yakin sistem itu akan menjadi pilihan global masa depan,” katanya sambil menambah kedua-dua teknologi dan sistem penyaman udara itu sudah dipatenkan di Malaysia dan dalam proses mendapatka­n paten di luar negara.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Wai Koon (tiga dari kiri) pada majlis perasmian pusat penyelidik­an dan kilang pengeluara­n Kumpulan Eco Earth di Taman Teknologi Sunway Damansara di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Wai Koon (tiga dari kiri) pada majlis perasmian pusat penyelidik­an dan kilang pengeluara­n Kumpulan Eco Earth di Taman Teknologi Sunway Damansara di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
 ??  ?? Wai Koon menunjukka­n model baharu penyaman udara keluaran syarikatny­a.
Wai Koon menunjukka­n model baharu penyaman udara keluaran syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia