Berita Harian

Keluaran istimewa dijual mulai esok

-

Pos Malaysia Bhd akan mengeluark­an koleksi setem terbaharu yang menampilka­n tema ‘Perayaan Di Malaysia-siri 3’.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos dan Kurier Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah, berkata koleksi setem itu akan mula dipasarkan di pejabat pos seluruh negara 15 Januari ini.

“Koleksi ini didatangka­n dalam lima reka bentuk, masing-masing memaparkan perayaan yang disambut di Malaysia antaranya Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan, Pesta Gawai dan Deepavali.

“Masing-masing bernilai 60 sen sekeping dengan setiap lembaran mempunyai 20 keping setem,” katanya kepada pemberita pada sesi memperkena­lkan koleksi setem itu di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Diyana berkata, bagi keluaran istimewa yang direka bentuk oleh Reign Associates Sdn Bhd itu, Pos Malaysia mencetak hanya 200,000 keping setem untuk setiap reka bentuk dengan simbol perayaan akan digunakan sebagai cap tarikh khas.

Pos Malaysia pernah mengeluark­an siri setem bertemakan perayaan di Malaysia pada tahun 2006 dan 2012.

Pelbagai ciri menarik

Lebih menarik, Lembaran Mini (MS) yang memaparkan gabungan kesemua perayaan itu didatangka­n dengan potongan ciri khas berbentuk rumah kayu dan dakwat berkilauan (glitter) yang dikenakan pada pakaian tradisiona­l dalam imej paparan itu.

“Antara ciri istimewa lain yang turut diterap pada setem ialah tulisan ucapan perayaan dalam bahasa ibunda kaum yang menyambut perayaan itu yang perlu dilihat menggunaka­n kanta pembesar khas untuk setem,” katanya.

Sementara itu, produk filateli lain yang turut dijual ialah Sampul Hari Pertama (FDC) beserta brosur percuma pada harga 50 sen setiap satu, manakala folder pula dijual pada harga RM6 setiap satu.

Set lengkap siri ini boleh didapati pada harga RM80.

“Seperti biasa, koleksi ini juga dicetak terhad dengan hanya 30,000 keping FDC, 25,000 MS, dan 1,800 keping folder dicetak,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia