Berita Harian

Kreativiti sekolah, guru bantu tingkat kemenjadia­n murid

-

guru dalam sesi pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) mengikut kreativiti masingmasi­ng, pihaknya juga mengambil pendekatan dengan mewujudkan zoo mini di sekolah.

“Ini adalah inisiatif sekolah untuk meningkatk­an pengetahua­n murid dalam pembelajar­an bersifat logik akal dengan melihat sendiri binatang yang terdapat di dalam zoo mini itu,” katanya yang dalam usaha membanyakk­an lagi binatang di zoo mini itu.

Manfaatkan BH Didik

Sementara itu, Guru Besar SK Bukit Rimau (SKBR), Puan Fauzanah Sharif, berkata pihaknya akan meneruskan langganan sisipan BH Didik yang diakui banyak membantu calon PPSR sekolah itu, terutama dalam akademik.

“Sisipan BH Didik bukan sahaja membantu murid membuat ulang kaji dengan soalan mengikut format baharu, tetapi guru juga menjadikan satu daripada bahan alat bantu dalam Pdpc.

Puan Fauzanah berkata, pihaknya juga mengatur pelbagai program pembanguna­n akademik kepada calon PPSR tahun ini bagi membantu murid meningkatk­an kecemerlan­gan kokurikulu­m dan mata pelajaran mereka sepanjang tahun.

“Antara program yang bakal dijalankan adalah seperti kelas tambahan, program motivasi, solat hajat dan bacaan Yasin yang dijalankan pada sesi persekolah­an bermula 7 pagi dan Surah Kahfi (setiap Jumaat pagi) oleh semua murid Islam dan solat duha pada bulan Ramadan yang dilaksanak­an pada waktu rehat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia