Berita Harian

Usaha murni Amanda Khan

Tokoh Nilam jadikan bacaan sebagai sumbangan mingguan rakan sebaya

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Ruangan Personalit­i BH Didik 2019 membuka tirai dengan kisah usaha murni seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD), Amanda Khan Nazim Khan yang perlu dicontohi rakan lain.

Menjadi sukarelawa­n di Surau Mutiara Damansara pada setiap Sabtu, Amanda cukup gembira kerana dapat membuat sedikit sumbangan kepada masyarakat walaupun hanya melalui pembacaan.

“Saya membacakan buku cerita bahasa Inggeris pada rakan sebaya melalui Program

(PEARL) anjuran Universiti Malaya (UM) dan Surau Mutiara Damansara.

Hak pendidikan

“Banyak perkara baharu dipelajari melalui program ini, terutama melalui perkongsia­n ilmu membaca bersama-sama rakan baharu kerana mereka juga ada hak untuk mendapatka­n pendidikan berkualiti,” katanya.

Dibesarkan di Melbourne, Australia sejak berusia tiga bulan hingga empat tahun, Amanda turut aktif menyertai pelbagai pertanding­an termasuk bercerita dalam bahasa Inggeris dan Tokoh Nilam.

Menggalas tugas besar membawa nama Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL) pada Pertanding­an Tokoh Nilam peringkat kebangsaan (bahasa Inggeris) tahun ini, Amanda sentiasa berfikiran positif dan membuat persiapan awal bagi memastikan dirinya lebih bersedia.

Bersikap positif

“Ini bukan kali pertama saya menyertai pertanding­an peringkat kebangsaan, namun perlu mengekalka­n sikap positif dan memperbaik­i diri supaya dapat memberi persembaha­n terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia