Berita Harian

Tuanku Muhriz raja berjiwa rakyat

Keperibadi­an disanjung tinggi, kerap dampingi masyarakat

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terkenal sebagai pemerintah berjiwa rakyat yang dikasihi dan disanjung tinggi segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

Baginda yang ditabalkan sebagai Yang di-pertuan Besar Ke-11 pada Oktober 2009 meneruskan kegemilang­an sejarah panjang pemerintah­an beraja di negeri Tanah Beradat ini, sejak pertabalan Raja Melewar yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera, pada 1773.

Tuanku Muhriz diputeraka­n pada 14 Januari 1948 daripada pasangan diraja, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Ampuan Durah Tunku Besar Burhanuddi­n.

Pada 1960, ketika berusia 12 tahun, baginda dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Laksamana iaitu kedudukan kedua dalam Putera Yang Empat.

Setahun kemudian, Tuanku Muhriz dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti iaitu kedudukan tertinggi dalam kalangan Putera Yang Empat, gelaran yang disandangn­ya selama 47 tahun.

Tuanku Muhriz yang dibesarkan di Negeri Sembilan, mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah dan Sekolah Tunku Besar Tampin, sebelum melangkah ke alam sekolah menengah di Sekolah King George V di Seremban.

Lanjut pengajian ke UK

Baginda kemudian melanjutka­n pangajian ke Aldenham School di United Kingdom dan menduduki peperiksaa­n O Levels dan A Levels.

Kecemerlan­gan akademik baginda diteruskan dengan menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti of Wales, Aberystwyt­h, sehingga mendapat Ijazah Undang-undang (LL.B) pada 1970.

Sekembali ke tanah air, Tuanku Muhriz menceburi pelbagai bidang kerjaya, termasuk perbankan, kewangan dan pengiklana­n yang secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengalaman yang luas kepada baginda.

Selain kejayaan dalam kariernya, Tuanku Muhriz turut terkenal kerana aktif dalam kegiatan amal dan kebajikan, termasuk menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tinggi.

Melalui pembabitan baginda dalam yayasan itu, ramai pelajar di negara ini yang cemerlang tetapi tidak berkemampu­an mendapat biasiswa untuk meneruskan pengajian pada peringkat universiti dan berjaya dalam hidup.

Tuanku Muhriz melangsung­kan perkahwina­n dengan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang juga puteri kerabat diraja Terengganu pada 25 April 1974 dengan istiadat berlangsun­g di Istana Maziah Kuala Terengganu, Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah serta Istana Munarah, Seremban.

Kerap dampingi rakyat

Pasangan diraja ini dikurniaka­n tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'abidin serta Tunku Alif Hussein Saifuddin Alamin yang mangkat pada 2016.

Bagi rakyat Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz adalah seorang raja yang berjiwa rakyat, malah kerap mendamping­i rakyat termasuk rutin baginda yang menunaikan solat Jumaat di masjid berbeza di seluruh negeri.

Baginda juga sentiasa memerhati dan mengikuti dengan teliti perkembang­an pembanguna­n di negeri ini, malah mengambil berat isu yang membelengg­u rakyat termasuk gejala sosial selain peningkata­n kos sara hidup.

Tuanku Muhriz juga kerap mengingatk­an pemimpin termasuk kerajaan supaya sentiasa menjaga integriti dan sentiasa mengutamak­an kesejahter­aan rakyat dalam apa sahaja keputusan yang dibuat dalam pentadbira­n Negeri Sembilan.

Perwatakan baginda yang kerap tersenyum memperliha­tkan kewibawaan seperti ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan nenda baginda, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad yang juga Yang di-pertuan Agong pertama.

 ??  ?? Tuanku Muhriz berkenan bersalam dengan pelajar tahfiz selepas merasmikan Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar oleh Yayasan Al Ammar di Kampung Kanchong, Rantau.
Tuanku Muhriz berkenan bersalam dengan pelajar tahfiz selepas merasmikan Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar oleh Yayasan Al Ammar di Kampung Kanchong, Rantau.
 ??  ?? Tuanku Muhriz berkenan memeriksa barisan kehormat sempena Istiadat Pembukaan Persidanga­n Pertama Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Ke-13, Negeri Sembilan.
Tuanku Muhriz berkenan memeriksa barisan kehormat sempena Istiadat Pembukaan Persidanga­n Pertama Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Ke-13, Negeri Sembilan.
 ??  ?? Tuanku Muhriz melangsung­kan perkahwina­n dengan Tuanku Aishah Rohani pada 25 April 1974.
Tuanku Muhriz melangsung­kan perkahwina­n dengan Tuanku Aishah Rohani pada 25 April 1974.
 ??  ?? Tuanku Muhriz ketika remaja.
Tuanku Muhriz ketika remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia