Berita Harian

‘Budak kejurutera­an’ kini usahawan kosmetik berjaya

Produk SO.LEK diusaha bersama kakak bakal tembusi pasaran global

-

rumus dalam bidang perniagaan. Bukan sebagai pekerja, tetapi sebagai pengusaha.

“Pada mulanya memang saya akui, ia sesuatu yang baharu, di luar kepakaran saya, apatah lagi memulakan perniagaan dalam bidang kosmetik, tetapi saya bernasib baik sebab rakan kongsi saya yang juga kakak, Dahlia Nadirah Juhari banyak membantu,” katanya.

Bersama-sama Dahlia, mereka berdua memulakan perniagaan kosmetik yang diberi nama SO.LEK pada 2016, dengan hanya satu produk.

Luqman berkata, mereka memulakan perniagaan itu dengan bantuan kewangan ibu bapa, selepas hampir setahun menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mengenai kosmetik.

Gali ilmu perniagaan, pembuatan kosmetik

Katanya, semuanya bermula ketika mereka bercuti ke New York pada 2015 dan mereka mendapati kedai farmasi di sana banyak menjual produk kosmetik tempatan dengan harga murah dan berkualiti.

“Dari situ, timbullah anganangan dengan kakak saya untuk menjadi usahawan kosmetik. Ibu bapa juga menyokong penuh kerana mereka juga terbabit dalam dunia perniagaan.

“Bila balik Malaysia, kami terus buat R&D mengenai ilmu perni- agaan, pembuatan kosmetik dan selok-belok yang perlu kita tahu jika ingin menjadi usahawan.

“Kami terpaksa belajar semula pelbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia, biologi dan sebagainya sebab mahu memastikan setiap kandungan dalam kosmetik itu betulbetul menepati kehendak.

“Tidak mahu hanya sekadar buat perniagaan, tetapi tiada ilmu, bila orang tanya kandungan kosmetik, kita tidak boleh nak bagi jawapan,” katanya.

Mengenai pengurusan pula, setiap mereka mempunyai peranan sendiri dengan Dahlia banyak terbabit dalam pemasaran dan penjenamaa­n sementara Luqman dalam operasi dan kewangan.

Seperti adik-beradik yang lain, Luqman dan Dahlia juga sering kali berbeza pendapat, tetapi mereka selalu bekerja rapat dan menganggap ia bagus dalam meningkatk­an lagi perniagaan mereka.

Ini kerana katanya, jika ada perbezaan pendapat, mereka dapat banyak idea baharu dan boleh menyesuaik­annya dengan perniagaan, tidak hanya bergerak lurus seperti pembaris.

“Kami melengkapi setiap kelemahan dan kelebihan masingmasi­ng. Itu yang membuatkan SO.LEK mampu bertahan sehingga ke hari ini dan kami yakin akan berkembang dan menjadi antara jenama kosmetik utama,” katanya.

Bermula dengan hanya satu produk dan berbekalka­n dana daripada ibu bapa mereka, Luqman berkata, langkah pertama mereka berjaya dan hanya dalam beberapa bulan saja, mereka mampu membayar semula dana yang dipinjamka­n itu kepada ibu bapanya.

Tujuh jenis produk kosmetik

Kini SO.LEK sudah boleh berbangga dengan kejayaan mereka yang sudah memiliki tujuh jenis produk kosmetik dengan lebih 50 unit simpanan stok (SKU) serta kebanyakan produk mereka mendapat sijil halal JAKIM.

Pemasaran produk mereka juga kini tidak hanya tertumpu di media sosial dan platform e-dagang saja kerana produk SO.LEK sudah mula memasuki farmasi dan kedai jualan terkemuka.

“Ini satu kejayaan kepada kami berjaya memasuki rangkaian farmasi dan kedai terpilih. Malah kami juga menyasarka­n dapat memasuki lebih 100 rangkaian farmasi tahun ini.

“Juga SO.LEK bakal terbang ke pasaran antarabang­sa dengan sasaran pada suku kedua nanti akan dijual di Kanada, Eropah dan Amerika Syarikat, selain menumpukan kepada pasaran serantau di Singapura, Indonesia dan Brunei.

“Dengan beberapa perancanga­n ini, kami berharap dapat mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak lima atau enam angka,” katanya.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH ] ??
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia