Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu ini, berikutan keyakinan terhadap perbincang­an perdaga an Amerika Syarikat (As)-china yang baru berakhir Rabu lepas, dite

penurunan harga minyak, kata seorang peniaga.

Pegawai AS menjangkak­an perunding perdaganga­n utama China mungkin melakukan la

ke Washington bulan ini, sekali gus menentukan hala tuju pasaran.

Harga minyak cenderung mem ngaruhi harga getah kerana naik turunnya akan me

harga dengan pesaing getah asli - getah sintetik.

“Niaga hadapan getah tempatan juga akan menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, termasuk Bursa Niaga Hadapan Shanghai (SHFE),“katanya.

Pada Jumaat, SHFE ditutup lebih rendah berikutan pertumbuha­n perlahan harga pengeluar bagi Disember 2018 di China dan Indeks Harga Pengeluar kurang memberangs­angkan pada Disember yang naik 0.9 peratus berbanding setahun lepas.

Sementara itu, Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) akan ditutup pada Isnin bersempena sambutan Hari Melangkah Ke Alam Dewasa.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah diniagakan bercampur-campur berikutan pelabur sedang menunggu butiran konkrit berhubung perbincang­an perdaganga­n As-china.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga pada tengah hari di Lembaga Getah Malaysia bagi tayar gred SMR 20 turun 1.5 sen kepada RM5.57 sekilogram, manakala lateks pukal naik 7.5 sen kepada RM3.995 sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi SMR 20 turun 13 sen kepada RM5.54 sekilogram manakala lateks pukal menokok tiga sen kepada RM3.99 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia