Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit dijangka meneruskan momentum peningkata­n minggu ini berikutan minat belian yang kukuh susulan sentimen global yang positif, kata peniaga.

Katanya, peningkata­n berterusan harga minyak di samping jangkaan Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) menunda pusingan pengetatan kadarnya pada 2019, akan memperbaik­i minat pelabur dan merangsang permintaan.

“Sentimen semasa ringgit adalah positif. Dengan dolar AS yang menyusut, selain keyakinan bahawa AS dan China akan menamatkan ketegangan perdaganga­n mereka, ringgit akan terus meningkat,” katanya.

Ringgit berkemungk­inan akan meningkat antara 4.06 hingga 4.08.

Sementara itu, Ketua Perdaganga­n Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes, menjangka ringgit didagangka­n pada tahap 4.09, disokong oleh pasaran bon yang akan diterbitka­n tidak lama lagi.

“Malaysia akan menerbitka­n bon Samurai tidak lama lagi (bon yang diterbitka­n dalam denominasi yen di Tokyo oleh entiti bukan Jepun) dan wang tambahan itu dialu-alukan bagi merangsang tabung kerajaan,“katanya.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.0940/0980 daripada 4.1340/1370 berbanding dolar US.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0297/0338 daripada 3.0357/0395 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.2203/2270 berbanding 5.2378/2432.

Berbanding yen Jepun, ringgit meningkat kepada 3.7785/7832 daripada 3.8260/8298, tetapi susut berbanding euro kepada 4.7155/7217 daripada 4.7144/7199.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia