Berita Harian

Prestasi baik suntik keyakinan pelabur

-

Malah, keuntungan itu bukan saja terhad kepada ekuiti. Minyak turut meningkat 20 peratus daripada paras rendah 17 bulan pada yang dicapai pada akhir Disember lalu, manakala mata wang hasil tinggi turut mendapat sokongan daripada permintaan terhadap aset lebih berisiko.

Peningkata­n semalam turut menjejaki prestasi kukuh di Wall Street, apabila kebimbanga­n pelabur semakin reda dengan mereka kini menumpukan kepada prospek bahawa kos pinjaman tidak akan dinaikkan sebanyak yang dijangkaka­n sebelum ini.

Minit mesyuarat Fed AS pada Rabu menunjukka­n penggubal dasar bersetuju menangguhk­an kenaikan kadar faedah selepas menilai semula keadaan ekonomi.

“Pasaran kini menunggu untuk melihat langkah seterusnya dari Fed AS,” kata ahli ekonomi Morgan Stanley, Dan Skelly.

Sementara itu, di Asia, Hong Kong meningkat 0.6 peratus, bermakna ia sudah meningkat lebih enam peratus sejak ditutup pada Khamis dan mencecah paras tinggi satu bulan, manakala Shanghai ditutup meningkat 0.7 peratus dan Tokyo bertambah satu peratus.

Singapura dan Seoul masingmasi­ng meningkat 0.6 peratus, Taipei menokok 0.4 peratus manakala Wellington, Bangkok dan Jakarta turut mencatat peningkata­n.

Sydney, Manila dan Mumbai bagaimanap­un, menyusut.

Pada sesi dagangan awal Eropah, London dan Frankfurt masingmasi­ng meningkat 0.3 peratus, manakala Paris menokok 0.2 peratus.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Pelabur terus optimis sejak Fed AS memberi petanda memperlaha­nkan kenaikan kadar faedah.
[ FOTO AGENSI ] Pelabur terus optimis sejak Fed AS memberi petanda memperlaha­nkan kenaikan kadar faedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia