Berita Harian

Polis, kastam wujud lima jawatankua­sa bersama

Mantapkan operasi halang penyeludup di pintu masuk negara

-

Genting Highlands

Pagensi keselamata­n terbabit berkongsi data dan saling bertukar maklumat. “Kita bincang dan memperinci­kan tindakan susulan. Misalnya kita menyelaras­kan strategi bersama membabitka­n isu keldai dadah. “Sebelum ini, kastam Hong Kong ada menahan seorang keldai dadah warganegar­a Malaysia di negaranya.

“Kita saling bekerjasam­a dalam hal ini, PDRM dan kastam mempunyai kenalan dan kepakaran masing-masing. Kita memang bekerjasam­a dengan kastam sebelum ini, namun dengan penubuhan jawatankua­sa itu, kita akan memantapka­n lagi operasi dua agensi berkenaan,” katanya. Ketua Polis Negara

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Mesyuarat Peringkat Tertinggi PDRM dan Kastam Kali Keempat di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromania­m.

Nota kerjasama

Mohamad Fuzi dan Subromania­m juga menandatan­gani Nota Kerjasama sebagai asas garis panduan utama dalam proses perkongsia­n dan pertukaran maklumat yang lebih efektif dan sistematik.

Mengenai operasi memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terbabit dalam skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Mohd Fuzi berkata, PDRM masih aktif berhubung dengan Polis Antarabang­sa (INTERPOL). Katanya, PDRM sudah beberapa kali berjumpa pihak berkuasa China bagi mengesan lokasi terkini Jho Low.

Ketika diminta mengulas isu kapal pasukan keselamata­n negara ini yang didakwa memasuki perairan Singapura, Mohamad Fuzi enggan mengulas lanjut dan menyifatka­n isu itu sudah dijelaskan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

“Isu ini timbul tiga hari lalu. Menteri Besar Johor juga sudah nafikan dakwaan itu,” katanya.

Kerajaan Johor menafikan dakwaan laporan sebuah portal berita Singapura yang mendakwa lima kapal pasukan keselamata­n negara memasuki perairan republik itu, Rabu lalu.

 ??  ?? Mohamad Fuzi (kiri) bersama Subromania­m bertukar nota kerjasama antara PDRM dengan JKDM sempena Mesyuarat Peringkat Tertinggi PDRM dan JKDM di Genting Highlands semalam.
Mohamad Fuzi (kiri) bersama Subromania­m bertukar nota kerjasama antara PDRM dengan JKDM sempena Mesyuarat Peringkat Tertinggi PDRM dan JKDM di Genting Highlands semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia