Berita Harian

Pegawai kanan kerajaan, pekerja swasta dibebas

-

Putrajaya: Seorang pegawai kanan agensi kerajaan dan seorang pekerja swasta yang direman Khamis lalu dibebaskan semalam, berhubung siasatan kes meminta suapan bernilai RM270,000 bagi kelulusan sebuah projek.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarka­n kedua-dua lelaki itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Terdahulu, pegawai kanan berusia 42 tahun dan pegawai swasta berusia 43 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi diiringi peguam dan pegawai SPRM.

Kedua-dua individu itu direman Khamis lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Didakwa terima suapan

Menurut sumber sebelum ini, pegawai kanan itu ditahan di pusat beli-belah sekitar Putrajaya, Rabu lalu dipercayai ketika menerima wang tunai berjumlah RM50,000 iaitu baki jumlah suapan yang sepatutnya diterima.

Dia didakwa menerima wang suapan itu secara berperingk­at sejak 2015 oleh syarikat terbabit sebagai ganjaran kerana memberi projek berkenaan.

Projek itu adalah satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia terutama bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmat­an itu.

 ??  ?? Timbalan Pengarah agensi kerajaan dan pekerja swasta dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya berhubung kes menerima suapan berjumlah RM270,000.
Timbalan Pengarah agensi kerajaan dan pekerja swasta dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya berhubung kes menerima suapan berjumlah RM270,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia