Berita Harian

Jasmin restu minat anak

Ikut jejak sebagai pelakon, mahu Ian Haziq jadi insan seni berilmu

- Oleh Zaidi Mohamad

Hampir tiga dekad berjuang sebagai insan seni, nama Jasmin Hamid masih utuh apabila bakatnya terus dihargai. Pada usia 45 tahun, Jasmin masih menjadi pilihan, malah kemampuann­ya membawakan pelbagai karakter sering menerima pujian ramai.

Lakonannya sentiasa membekas di hati ramai. Berikan apa saja karakter, sama ada serius atau ringan, anak kelahiran ibu kota itu akan melunaskan tanggung jawabnya dengan penuh amanah.

Kini, legasi yang dicipta pelakon yang mula dikenali selepas membintang­i filem Boss itu diteruskan anak kesayangan­nya, Ian Haziq Macquistan.

Meskipun baru berjinak-jinak, tuah menyebelah­i Ian Haziq, 18, apabila dilamar membintang­i drama terbitan Zeel Production,

“Saya harap percubaan sulung Ian Haziq sebagai pelakon dimanfaatk­annya sebaik mungkin. Mungkin ada yang menganggap dia mendapat peluang itu dengan mudah kerana ibunya adalah pelakon.

“Status saya hanya bonus kerana untuk dikenali, dia perlu berdiri di atas bakatnya sendiri. Itu yang sering saya tekankan kepadanya apabila dia menyatakan minat untuk mengikut jejak saya sebagai insan seni.

“Saya percaya, dia mempunyai bakat semula jadi dan itu juga yang membuatkan saya berani mengetenga­hkannya kepada produser. Sampai bila dia mahu bersandar kepada nama saya, sedangkan nanti yang dinilai peminat adalah bakat dan kemampuan sebe-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia