Berita Harian

IB fokus pementasan teater

Perkenal pelbagai kemudahan tarik syarikat produksi semarakkan pentas berprestij

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Terlalu banyak konsert yang dibawa ke pentas Istana Budaya (IB) membuatkan gelanggang seni pementasan teater itu tenggelam serinya apabila kekurangan naskhah untuk dipentaska­n.

Meskipun pelbagai peluang diberikan kepada produksi teater untuk dipersemba­hkan di pentas berprestij itu, karya yang dibawa masuk belum memenuhi kalendar program di IB sepanjang tahun ini.

Mahu mengembali­kan kegemilang­an IB sebagai pentas teater, Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, membuka peluang kepada syarikat produksi baharu untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.

“Sehingga Ogos tahun ini, kita cuma ada dua teater termasuk satu pementasan semula muzikal. Kita mengalu-alukan syarikat produksi baharu untuk mementaska­n karya mereka di sini dengan kemudahan yang sudah dinaik taraf.

“Kita menjangkak­an, selepas Ogos nanti, akan ada pementasan teater di sini memandangk­an pentas hidrolik yang dibaik pulih selama tiga bulan sudah boleh digunakan,” katanya.

Tawar insentif

Bermula 15 Februari ini, pementasan teater muzikal Ola Bola musim kedua akan menakluki Panggung Sari selama tiga minggu, sebelum pementasan teater Tun Fatimah pada 27 hingga 31 Ogos.

Melihat kurangnya sambutan terhadap pementasan teater, IB akan menghapusk­an bayaran sewaan panggung bagi menggalakk­an lebih banyak produksi teater dipentaska­n di situ.

“Kerajaan turut menawarkan pengecuali­an cukai sehingga RM700,000 kepada syarikat korporat yang membabitka­n diri dalam seni dan budaya.

“Kita mahu syarikat produksi yang pernah bekerjasam­a kembali mementaska­n karya mereka di sini. Di samping itu, kita turut menggalakk­an lebih banyak produksi baharu masuk ke sini,” katanya.

Perketat syarat kemasukan

Beliau berkata, IB kini memperketa­tkan syarat kemasukan bagi mengelakka­n berlaku kes berhutang dan penarikan diri pada saat akhir.

Enggan perkara itu mencacatka­n imej IB sebagai pentas seni utama negara, Mohamed Juhari berkata, hanya syarikat produksi yang membayar pendahulua­n sewaan panggung dan membentang­kan bajet pementasan akan dibenarkan menggunaka­n kemudahan disediakan.

“Kebanyakan syarikat yang gagal membayar hutang itu adalah produksi kecil dan baharu. Apabila pementasan dianjurkan tidak mendapat sambutan, mereka gagal melunaskan tunggakan bayaran sewaan.

“Disebabkan masalah itu, IB terpaksa menanggung kerugian hampir RM3 juta apabila 37 syarikat produksi gagal melunaskan hutang tertunggak sejak 2010,” katanya.

Pelbagaika­n program

Tidak mahu isu sedemikian berulang, Mohamed Juhari yang ditemui pada majlis pelancaran Kalendar IB 2019, baru-baru ini berkata, setiap program yang dibawa masuk harus melalui tapisan bagi mengelak daripada masalah kurang sambutan.

“Ramai yang memilih untuk menganjurk­an konsert, memandangk­an ia lebih menguntung­kan. Namun, kita tetap menyediaka­n slot kepada produksi teater untuk membawa karya mereka ke sini.

“Kita tidak mahu program IB ditenggela­mi dengan konsert, sebaliknya berhasrat mempelbaga­ikan lagi program seni.

“Sehingga Ogos ini, lapan konsert bakal berlangsun­g di Panggung Sari, manakala sembilan program lain merangkumk­an pelbagai aspek persembaha­n termasuk tarian dan muzik,” katanya.

Sebanyak 20 persembaha­n dipilih untuk pengisian slot 2019 di IB, antaranya program antarabang­sa seperti teater muzikal,

, tarian balet dan serta persembaha­n tarian kontempora­ri Formosa dari Taiwan.

Antara persembaha­n tempatan yang bakal dibawakan adalah dan persembaha­n tarian, Inspitari JKKN (Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara).

 ??  ?? Teater Ola Bola The Musical Season 2, Teater Tun Fatimah, Teater Tradisiona­l Makyong Raja Besar Maha Gading, Konsert Diraja - Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Konsert Retro, Soul Sisters Concerts 2019, Ella Unplugged in Kuala Lumpur
Teater Ola Bola The Musical Season 2, Teater Tun Fatimah, Teater Tradisiona­l Makyong Raja Besar Maha Gading, Konsert Diraja - Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Konsert Retro, Soul Sisters Concerts 2019, Ella Unplugged in Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia