Berita Harian

Art Market beli karya seni sambil beramal

-

Kuala Lumpur: Pameran menghimpun­kan hasil kerja penggiat seni yang sedang meningkat dan orang kurang upaya (OKU) kini berlangsun­g di Da Men Mall, USJ, sehingga 16 Januari ini.

Pengasas Art Market Malaysia, Hazrita Mohd Hatta, berkata peminat seni bukan sahaja boleh mendapatka­n karya, bahkan menyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan.

“Peminat seni juga boleh beramal kerana ada bahagian daripada setiap pembelian yang disalurkan kepada beberapa NGO, termasuk Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

“Art Market juga menyediaka­n platform kepada karyawan bereksperi­men dalam karya seni, asalkan tidak menyentuh sensitivit­i agama dan budaya Timur” katanya.

Anjur 10 pameran

Hazrita berkata, 10 pameran dianjurkan Art Market sepanjang lima bulan bermula Januari ini.

Sebagai tarikan kepada pengunjung, Art Market kali ini menampilka­n karya Ibnoo Jalil melalui pameran solonya, Gonjeng, yang bermula 6 Januari hingga 16 Januari ini di Da Men Mall.

Dikenali sebagai seniman naif, iaitu antara genre dalam seni visual, Ibnoo akan menampilka­n karya berkonsepk­an gaya kanakkanak.

 ??  ?? Ibnoo bersama karya dipamerkan sehingga 16 Januari di Da Men Mall, Kuala Lumpur. Hazrita Mohd Hatta, Pengasas Art Market Malaysia
Ibnoo bersama karya dipamerkan sehingga 16 Januari di Da Men Mall, Kuala Lumpur. Hazrita Mohd Hatta, Pengasas Art Market Malaysia
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia