Berita Harian

Pelbagai inisiatif dilaksana bantu rakyat miliki rumah pertama

-

pemilikan rumah di Malaysia masih belum menemui penyelesai­annya, dengan pelbagai skim bantuan perumahan diperkenal­kan tetapi tetap belum mampu menangani isu ini.

Berpanduka­n rekod The Edge Property, golongan pendapatan pertengaha­n mampu untuk memiliki rumah pada harga RM260,000, namun purata harga rumah di Malaysia jauh melepasi angka itu.

Data daripada Kementeria­n Kewangan menyatakan bahawa harga purata untuk semua rumah di Malaysia adalah pada RM204,470 pada suku pertama 2009, namun meningkat kepada RM409,899 pada suku keempat 2017.

Kuala Lumpur mencatatka­n harga purata tertinggi iaitu RM798,011, manakala Selangor menduduki tempat kedua pada RM469,518 dan diikuti Sabah, Pulau Pinang dan Sarawak pada harga RM426,243. Kelantan pula mencatat harga purata terendah iaitu RM165,853.

Harga rumah meningkat

Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kenyataan antara punca utama ketidakmam­puan rakyat memiliki rumah adalah disebabkan kenaikan pendapatan isi rumah tidak sepadan dengan kenaikan harga rumah.

Dari 2012 hingga 2014, harga rumah meningkat sebanyak 26.5 peratus berbanding pendapatan isi rumah yang hanya meningkat sebanyak 12.4 peratus.

Dalam pembentang­an Belanjawan 2019 lalu, kerajaan memperuntu­kkan hampir RM1.5 bilion untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

Beberapa bantuan kepada golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana turut disediakan untuk memiliki rumah buat pertama kali, seperti pengecuali­an duti setem sehingga RM300,000 yang pertama.

Perkara ini secara tidak langsung mengurangk­an beban terhadap graduan graduan dan golongan berpendapa­tan rendah untuk memiliki rumah pertama.

Inisiatif seperti ini daripada pihak kerajaan sangat penting dalam membantu golongan yang memerlukan, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia