Berita Harian

2.78 juta visa umrah dikeluar

-

Jumlah visa umrah dikeluarka­n tahun ini dilaporkan sudah mencecah 2,785,790, dengan 2,346,429 jemaah sudah tiba di Arab Saudi.

Maklumat itu adalah berdasarka­n data terkini yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menurut Arab News, ketika ini, seramai 345,114 jemaah direkodkan berada di negara itu, dan daripada jumlah itu, 233,910 berada di Makkah, manakala 111,204 lagi di Madinah.

Akhbar tersebut melaporkan, majoriti jemaah, iaitu seramai 2,122,424 masuk ke Arab Saudi menerusi perjalanan udara, sementara itu 213,121 lagi tiba menerusi jalan darat dan baki 10,884 tiba melalui jalan laut.

Jumlah terbesar jemaah adalah dari Pakistan (637,745) diikuti Indonesia (420,410), India (292,607), Malaysia (135,895), Yaman (128,618), Mesir (73,179), Turki (65,970), Emiriah Arab Bersatu (59,855) dan Bangladesh (57,701).

Sasar 3o juta jemaah pada 2030

Peningkata­n jumlah itu dipercayai susulan rancangan pembaharua­n Wawasan 2030 yang menyasar untuk menarik lebih 30 juta jemaah umrah, selain menyediaka­n perkhidmat­an cemerlang dan menawarkan pengalaman luar biasa kepada mereka.

Tahun lalu, kementeria­n berkenaan melancarka­n petunjuk mingguan bagi membolehka­n pihak berkuasa mengesan jumlah jemaah yang datang ke Arab Saudi dan pada masa sama memberi mereka peluang untuk menikmati perkhidmat­an berkualiti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia