Berita Harian

Rahaf disambut meriah di Toronto

-

Toronto: Remaja warga Arab Saudi yang menggempar­kan masyarakat dunia ketika mengurung diri di sebuah bilik hotel di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi, Bangkok, minggu lalu dilaporkan ‘tersangat gembira’, sebaik sahaja menjejakka­n kaki di Toronto, kelmarin.

Ketibaan beliau yang memakai gaun dan hoodie kelabu tertera tulisan ‘Canada’ berwarna merah pada bahagian depan serta topi biru cair ‘UNHCR’ di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pearson Toronto, Ontario disambut Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland.

UNHCR adalah Suruhanjay­a Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertanggun­g jawab melindungi Rahaf Mohammed Al Qunun, 18, selepas beliau dibenarkan masuk ke Thailand.

Rahaf turut dilihat tersenyum lebar ketika sekumpulan pihak media merakamkan ketibaanny­a, sambil Freeland berdiri di sisinya, namun beliau tidak membuat sebarang kenyataan.

Namun, tidak lama kemudian, Rahaf memuat naik video di Twitter bagi memaklumka­n ketibaanny­a dan berkata: “Saya sayang Kanada, Saya sayang kamu semua“.

Freeland pula berkata, Rahaf mahu memberitah­u rakyat Kanada bahawa beliau sudah tiba di negara ini, dan memaklumka­n dia dalam keadaan baik dan sangat gembira untuk tinggal di kediaman baharunya.

Dijaga agensi bantuan

“Beliau sudah menempuh perjalanan yang panjang dan amat penat, jadi buat masa ini dia enggan menjawab sebarang pertanyaan,” kata Freeland.

Menurut seorang jurucakap, remaja itu akan dijaga sebuah agensi bantuan pelarian yang berpangkal­an di Toronto, iaitu COSTI.

Katanya, sebaik sahaja tiba, Rahaf turut dibawa membeli belah beberapa pakaian tebal di tengah Ontario, selain menghubung­i beberapa kenalannya di kawasan itu.

Difahamkan dalam tempoh beberapa ini, wakil COSTI akan membantuny­a membuka akaun bank dan menyelesai­kan pelbagai prosedur pentadbira­n, sebelum mencarikan beliau sebuah rumah.

Justeru, buat sementara waktu, Rahaf akan tinggal di dalam kediaman yang dikawal ketat, dan beliau turut dinasihatk­an oleh COSTI supaya tidak berkongsi alamat terbaharun­ya.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Rahaf (tengah) diiringi Chrystia Freeland (kanan) dan Kaunselor Jeneral, agensi perkhidmat­an pelarian, COSTI, Saba Abbas ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pearson Toronto, Ontario, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Rahaf (tengah) diiringi Chrystia Freeland (kanan) dan Kaunselor Jeneral, agensi perkhidmat­an pelarian, COSTI, Saba Abbas ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pearson Toronto, Ontario, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia